Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Amira Othman Beri Amaran?-“Siapa Tanya Bila Nak Kahwin, Saya Akan…”

    [VIDEO] Amira Othman Beri Amaran?-“Siapa Tanya Bila Nak Kahwin, Saya Akan…”

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Siapa yang tidak mengenali Nadia Amira Othman atau lebih dikenali sebagai Amira Othman yang merupakan seorang penyanyi, pengacara televisyen dan pelakon wanita di Malaysia.

    Amira Othman memulakan kerjayanya dalam bidang nyanyian, selepas menyertai satu program nyanyian popular pada tahun 2013 iaitu Akademi Fantasia musim ke-10 dan sekaligus mendapat tempat ketiga dalam pertandingan tersebut. Kemudian Amira Othman banyak terlibat dalam dunia lakonan sehingga setiap drama lakonannya menjadi pilihan ramai.

    Selain dirinya, dua adik lelakinya juga turut menceburi bidang nyanyian iaitu Irfan Haris dan Haikal Iskandar. Irfan Haris juga lebih dikenali ramai selepas dia menyertai pertandingan nyanyian Big Stage dan mendapat tempat keempat.

    “Disakat Adik Sebab Dah Tua!”

    Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik Irfan Haris yang meraih perhatian ramai. Video tersebut kini mendapat jumlah tontonan sebanyak 1.4 juta, tanda suka sebanyak 91 ribu dan sebanyak 221 komen.

    Di dalam video tersebut, memaparkan Irfan Haris yang sedang membuat live di dalam kereta dan selepas itu, Amira Othman juga turut serta berada di dalam keretanya. Kelihatan Irfan Haris sering mengusik kakaknya itu dengan menyatakan umur dan memanggil kakaknya dengan gelaran ‘tua’.

    “Saya nak minta maaf dekat kaka saya secara terbuka sebab selalu panggil dia tua”-kata Irfan Harris

    “Ahh kau harini minta maaf, esok buat balik”-kata Amira Othman

    “kak, orang cakap akak cantik dari akak masuk af 2013 kan, jadi akak dah 30 tuanya”-usik Irfan

    Rata-rata netizen terhibur dengan tingkah laku dua beradik itu. Amira Othman juga sempat menjawab beberapa soalan dari netizen yang menyertai live tersebut dan salah satunya berkaitan perkahwinan.

    “Siapa tanya bila nak kahwin, saya akan rembat dia! Saya rembat dia dari dalam Phone ni hahahahaah”-kata Amira Othman

    Bagaimanapun, mari kita sama-sama doakan yang terbaik buat diri kita dan mereka. Semoga kita semua diberkati hidup di dunia dan akhirat.

    ALSO READ:  Riena Diana Dan Fendy Bakry Bergabung Dalam Drama Pencarian Jodoh, HELO JODOH!

    Apakah pendapat anda?

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts