Tak habis-habis! Kini tular pula video mengenai Amitabh Bachchan memarahi menantunya, Aishwarya Rai ketika berada di khalayak ramai. Dalam video tersebut, Aishwarya Rai kelihatan sangat gembira dalam salah satu majlis anugerah.
Ketika kamera media ditujukan kepada mereka berdua, Aishwarya Rai melayan Amitabh Bachchan dengan penuh kasih sayang dan manja, Sambil memeluk bapa mentuanya, Aishwarya Rai dengan kuatnya berkata “dia yang terbaik”.
Walaupun Aishwarya Rai nampak sangat selesa dan manja, tetapi Amitabh tidak menyukai kelakuannya itu. Dengan serta-merta, orang ramai boleh melihat riak wajah Amitabh berubah dan menjadi berang.
Her efforts 💔 pic.twitter.com/NGX5r0LHbP
— Ankit (@terakyalenadena) October 29, 2024
Tanpa menghiraukan orang ramai di sekeliling mereka, Amitabh telah memarahi Aishwarya Rai dengan mengatakan, “Berhenti berkelakuan seperti Aaradhya (anak Aishwarya Rai dan Abishek Bachchan)”.
Terkejut dengan kemarahan bapa mentuanya itu, Aishwarya tetap mengukir senyum di hadapan orang ramai seolah-olah tiada apa yang berlaku.