Anak kepada penyanyi, Allahyarham Datuk Nassier Wahab iaitu Intan Najijah meluahkan rasa rindu terhadap bapanya.
Rindu arwah bapa
Menerusi hantaran yang dimuat naik di TikTok, Intan memuat naik gambar-gambar dan video kenangan arwah pelantun lagu Memori Cinta Luka itu.
Ayah datang dalam mimpi tau, rindu.
Pada akhir video tersebut, Intan berkongsi momen bapanya ketika berada di Tanah Suci dan pesanan arwah di aplikasi WhatsApp.
Bye, nak solat dulu nanti jumpa lagi
Selamat malam anak ayah yang dirindui selalu. Semoga dirimu sentiasa di dalam jagaan Allah. Ayah teramat sayang pada mu.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut berasa sayu dengan kehilangan penyanyi terkenal itu.
Dalam masa yang sama, mereka memuji penampilan arwah yang memiliki raut wajah yang kacak selain turut mendoakannya.
Dari muda sampai ke tua, rupanya tetap sama tak dimamah usia. Al-Fatihah buat Nassier Wahab.
Allah sedihnya. Membesar di zamannya dan lagu-lagunya. Semoga Allah tempatkan Arwah Nasir Wahab di kalangan orang-orang yang beriman. Amin.
Dah la handsome, soft spoken, protective pula tu.. Memang untung dapat suami dan ayah mcm ni.
Adik anak yang solehah. Jaga solat dan sentiasa beramal baik. Percayalah arwah ayahmu sedang tersenyum bahagia melihat mu dik.
Untuk info, Allahyarham Nassier Wahab, meninggal dunia pada 5 Disember 2019 kerana akibat kanser gusi.