Gelagat dan kecomelan anak kepada pelakon, Betty Rahmad iaitu Ardy Wira sering mencuri perhatian netizen meskipun baru menginjak ke usia lima tahun.
Tak bagi Betty basuh ‘sweater’
@watieysoong @Betty Rahmad | Sambal Queen ? original sound – watieysoong
Terbaharu, tular satu potongan video memaparkan Betty sedang melayan pengikutnya menerusi satu sesi siaran langsung sambil ditemani Wira di sisi.
Apa yang mencuri perhatian ialah, Wira yang sedang mengulang kaji pelajaran dilihat mencium bahu Betty berkali-kali sambil memegang pensil.
Lebih menghiburkan, Wira sempat meninggalkan pesan kepada pelakon berusia 43 tahun itu agar tidak membasuh ‘sweater’ berona merah jambu yang dipakainya.
Jangan bagi bibik basuh baju ini ya. Kalau kamu pergi mana-mana, saya nak cium.
Tersentak dengan permintaan anaknya itu, Betty menyatakan Wira seorang anak yang sangat manja dan langsung tidak boleh berenggang.
Hari itu saya pergi kedai ke pasar, dia sibuk nak cium baju-baju saya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat telatah dan kecomelan yang ditunjukkan Wira dan mendoakan agar kanak-kanak itu membesar dan menjadi seorang anak yang soleh buat ibu bapanya.