Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Anak Bujang Nora Danish Raih Perhatian Netizen-“Dah Macam Berjalan Dengan Boyfriend?”

    [VIDEO] Anak Bujang Nora Danish Raih Perhatian Netizen-“Dah Macam Berjalan Dengan Boyfriend?”

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Siapa yang tidak kenal pelakon hebat Malaysia ini, Nora binti Mohd Danish Hanif atau lebih dikenali sebagai Nora Danish. Selain menjadi seorang pelakon, Nora Danish juga merupakan seorang pengacara televisyen.

    Nora Danish dikenali ramai selepas memegang watak di dalam drama bersiri “Puteri”. Anak kelahiran Terengganu itu telah menghiasi banyak drama dan filem di Malaysia, antaranya ialah Sumpah Bunian, Khurafat The Series, Tentang Dhia, Ariana Mikhail dan banyak lagi.

    Nora Danish dipuji bakat lakonannya ketika drama Tentang Dhia yang menjadi fenomena suatu ketika dahulu bersama pelakon lelaki Adi Putra.

    Dah Besar Rupanya Anak Nora Danish

    Terdahulu, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @nor4danish yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan kini mendapat jumlah tontonan sebanyak 2.9 juta, tanda suka sebanyak 138 ribu dan sebanyak 1374 komen.

    Di dalam video berkenaan, memaparkan Nora Danish yang berjalan sambil berpimpin tangan dengan anak lelakinya yang kelihatan seperti bersama dengan teman lelaki.

    @nor4danish

    Terselah kecantikkan muda remaja

    ♬ nenekku pahlawanku by Zenpreset – Zen5EMBE

    Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa mereka tidak menyangka anak Nora Danish telah meningkat dewasa dan lebih tinggi darinya kerana Nora Danish kelihatan sangat muda.

    “Laaa anak Nora Danish ke tu, dah macam boyfriend, handsome!”

    “Aku kalau berdiri sebelah Nora Danish ni mesti orang ingat aku bibik dia”

    “Tak nampak macam mommy pun haa Nora Danish ni, admire dengan Nora Danish sebab still nampak macam anak dara”-kata mereka

    VIA TIKTOK

    Apa-apa pun, tidak kisahlah nampak muda atau berumur, yang paling penting adalah wajib jaga kesihatan dan pemakanan yang baik.

    ALSO READ:  Haqiem Rusli Titip Ucapan Istimewa Buat Isteri Sempena Ulang Tahun Perkahwinan Ke-2 , Sempat Beri ‘Hint’?

    Semoga kita semua peroleh keberkatan hidup di dunia dan di akhirat. Apa kata anda?

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts