Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Anak Dedah M Jamil Bahagia Dengan Perkahwinan Keempat – ‘Alhamdulillah Sangat...

    [VIDEO] Anak Dedah M Jamil Bahagia Dengan Perkahwinan Keempat – ‘Alhamdulillah Sangat Gembira & Kami Tak Ada Konflik Keluarga’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    sadiq m jamilsadiq m jamil

    Pelakon meningkat naik, Sadiq Jamil berkongsi tentang hubungannya bersama keluarga tiri dan keadaan bapanya iaitu pengarah dan pelakon M Jamil yang dilaporkan sakit sebelum ini.

    Berkahwin kali keempat

    sadiq m jamil 662sadiq m jamil 662

    Ketika ditemui , Sadiq mendedahkan bahawa bapanya telah mendirikan rumah tangga kali keempat selepas dua tahun kematian ibunya yang juga aktres iaitu Allahyarhamah Siti Rohani Wahid.

    Menurut Sadiq, bapanya juga kini bahagia dan dijaga dengan baik oleh ibu tirinya itu.

    Isteri pertama saya tidak pernah berjumpa, isteri kedua pula saya anggap seperti ibu saya sendiri.

    Isteri ketiga adalah ibu saya yang sudah meninggal dunia dan keempat ibu baru saya. Keadaan kami semua baik dan tiada masalah.

    Selepas ibu meninggal dunia, semasa itu saya tingkatan dua iaitu pada tahun 2014. Ayah kemudian berkahwin kali keempat dua tahun selepas itu.

    Meskipun memiliki saudara tiri, namun cucu kepada seniwati Datuk Sarimah ini mempunyai hubungan yang baik dengan semua adik-beradiknya.

    Bukan itu sahaja, sebagai anak, mereka bersama-sama menggalas tanggungjawab meringankan beban bapa dengan menghulurkan bantuan.

    Alhamdulillah, saya tak ada masalah dengan ahli keluarga yang lain dan sangat gembira serta menyayangi mereka.

    Saya tiada masalah hubungan dengan ayah, kami pun tak ada konflik kekeluargaan.

    Hubungan kami adik-beradik baik dan sentiasa berhubung antara satu sama lain. Kami akan melawat ayah setiap minggu dan bantu ayah dari segi kewangan sebab ayah pun tidak bekerja.

    Sadiq berkata demikian pada majlis tayangan perdana drama X-Change yang berlangsung di TGV Sunway Velocity Mall, Kuala Lumpur pada Rabu.

    Dalam pada itu, pelakon berusia 26 tahun ini turut berkongsi tentang keadaan terkini bapanya yang menghidap penyakit strok sejak enam tahun lalu.

    Alhamdulillah, ayah saya sihat, sekarang ini dia dijaga oleh mak tiri. Pergerakannya sedikit terbatas kerana bergantung dengan kerusi roda.

    Dia mendapat strok selepas kami mengemas untuk pindah rumah. Mungkin sebab terlalu letih kemudian dengan tiba-tiba dia dapat serangan jantung.

    Ayah juga seorang perokok dan mengalami masalah penyakit lain seperti kencing manis yang mungkin menjadi punca kepada serangan strok.

    Sekadar info, pengarah berusia 59 tahun itu berpisah dengan isterinya bagi perkahwinan pertama dan kedua manakala ibu Sadiq iaitu isteri ketiganya meninggal dunia.

    ALSO READ:  Pujian Terus Mengalir untuk Nyanyian Nabila Razali di #AJL38 dengan Sokongan Suami yang Membangkitkan

    Hasil kesemua perkahwinan tersebut, Jamil dikurniakan 11 orang cahaya mata.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts