Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Anak Maryam Menangis Raih Perhatian Ramai-“Tangisan Macam Dalam Kdrama!”

    [VIDEO] Anak Maryam Menangis Raih Perhatian Ramai-“Tangisan Macam Dalam Kdrama!”

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Siapa yang tidak mengenali dengan selebriti media sosial, Maryam Younarae atau lebih dikenali sebagai Maryam Durian Kimchi sering mencuri perhatian peminat kerana selalu berkongsi videonya bersama suami dan anak di media sosial.

    Nama Maryam dikenali ramai kerana telatahnya yang mencuit hati serta menghiburkan ramai orang. Maryam kini menetap terus di Malaysia selepas suaminya Ryzal memutuskan untuk menetap di sini, namun masih lagi mengajar anaknya dwi bahasa iaitu Hangul dan Bahasa Malaysia.

    “Sopan Santun Sungguh Dia Nangis”

    Terdahulu, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial intagram milik Maryam yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan kini menraih jumlah tontonan sebanyak 2.2 juta, tanda suka sebanyak 110 ribu dan sebanyak 3132 komen.

    Di dalam video berkenaan, memaparkan Maryam sekeluarga berada di lapangan terbang, namun dia dan suaminya berjalan berdua dan apabila kembalinya mereka melihat Rina telah mengalirkan air mata.

    Rata-rata netizen teruja melihat video berkenaan. Mereka mengatakan Rina adalah seorang anak yang bagus, serta tangisannya seakan kebanyakkan tangisan di dalam kdrama.

    “Sopan santun sungguh dia nangis, macam tengok kdrama. kalau typical anak melayu jati ni dah lama golek2 sakan satu floor airport tu meraung tunjuk bakat”

    “Keperitan dia turut ku rasai, sedihnya tengok macam tengok kdrama”

    “The silent cry, kalau anak aku ni dah meraung halilintar terbelah tujuh bumi nusantara ini dibuatnya”-kata mereka

    VIA TIKTOK

    Apa-apa pun setiap anak berbeza perangai dan personalitinya. Rina sememangnya anak yang baik dan menunjukkan


    Related articles

    Follow Us

    20,247FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts