Pelakon dan pengacara, Shera Aiyob meluahkan rasa syukur apabila anak lelakinya, Nadi Anaqi selamat menjalani proses bersunat di sebuah hospital swasta pada Selasa.
Artikel berkaitan: Sakit Perut Teramat, Tak Boleh Bernafas’ – Shera Aiyob Selamat Jalani Pembedahan Buang 8CM ‘Cyst’
Artikel berkaitan: Zahiril Adzim & Isteri Tak Kisah Anak Ceburi Bidang Seni
Melangkah ke fasa baru
Menerusi perkongsian di Instagram, Shera juga sebak memikirkan anak bujangnya akan melangkah ke alam remaja.
Alhamdulillah Anaqi dah selamat melangkah masuk ke fasa yang baru. Rasa macam baru je Mommy mengandungkan dia. Halah mulalah Mommy tu cengeng. Heh.
Mau tak. Lepas ni Mommy kena bersedia tetiba dia datang bercakap dengan Mommy dengan suara ‘abang-abang’ pula.
Doakan yang baik-baik untuk Anaqi ya. Moga yang baik-baik kembali kepada kalian.
Dalam pada itu, turut mencuri perhatian netizen apabila suaminya pelakon Zahiril Adzim berjalan mengengkang selepas proses sunat Anaqi.
Bapanya tu mungkin kena sunat lagi sekali gamaknya.
Yang last tu, siapa yang sunat sebenarnya?
Salah orang yang kena sunat ni.
Untuk rekod, Shera dan Zahiril mendirikan rumah tangga pada 20 November 2011 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Nadi Anaqi yang kini berusia 11 tahun.
View this post on Instagram