Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, December 27, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Anak Sifatkan Linda Jasmine Ibu Yang Baik, Jarang Lihat Menangis –...

    [VIDEO] Anak Sifatkan Linda Jasmine Ibu Yang Baik, Jarang Lihat Menangis – ‘Kali Terakhir Beberapa Tahun Lalu’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Selain memiliki raut wajah yang jelita, puteri kepada pasangan selebriti Que Haidar dan Linda Jasmine iaitu Tengku Ratu juga adalah seorang anak yang sangat menghargai ibu bapanya.

    Kata-kata semangat untuk ibu

    @nona.my

    Alahai sweet betul tengok anak beranak ini! Teruja Nona mendekati pakar koreografi dan bekas tenaga pengajar AF, Linda Jasmine bila kami dijemput mengintai kediaman mewah miliknya yang ringkas namun cukup menawan. Bukan saja pakar dalam mendekorasi, tapi Linda Jasmine juga seorang yang kreatif, siap DIY kraf seni sendiri! Menghadapi fasa duka dalam rumahtangganya baru-baru ini, Linda Jasmine juga dilihat kekal positif, optimis dan cukup tenang. Jangan lupa saksikan episod eksklusif NONA Lifestyle bersama Linda Jasmine malam ini di FB dan Youtube Majalah NONA tepat pukul 8 malam ini. #majalahnona #lindajasmine

    ? original sound – NONA – NONA

    Menerusi temu bual bersama Nona, Ratu atau nama lengkapnya Tengku Ratu Haidar memberi kata-kata semangat buat Linda yang kini sudah bergelar ibu tunggal. 

    Apa yang saya boleh katakan padanya adalah, good luck (semoga berjaya). Awak boleh lakukannya!

    Apabila disoal bilakah kali terakhir ibunya menangis, Ratu berkata, dia jarang melihat Linda berada di dalam keadaan sedih meskipun guru tari berusia 52 tahun itu memiliki jiwa yang sensitif.

    Beberapa tahun yang lalu (kali terakhir lihat Linda menangis) tetapi saya tidak begitu mengingatinya.

    Dia tidak pernah menangis, dia berhati batu. Itu apa yang dia beritahu saya.

    Dia sangat sensitif orangnya sehingga dia tidak merasakan apa-apa lagi. 

    Linda di mata Ratu

    Dalam masa yang sama, Ratu juga menyifatkan Linda sebagai seorang ibu yang baik dan penyayang.

    Saya bukan seorang yang sentimental, tetapi apa yang saya boleh katakan dia adalah seorang ibu yang baik.

    Sehingga sekarang walaupun saya sudah berusia 15 tahun namun apabila saya minta, dia tetap akan mencium saya.

    Untuk rekod, Que dan Linda mendirikan rumah tangga pada 14 Februari 2009 namun bercerai talak satu pada 2 Julai lalu.

    ALSO READ:  [VIDEO] Netizen Sebak Lihat Anak Sulung Ina Naim Menangis Teresak Selepas Ibu Dinikahi – ‘Kahwin Bukan Kerana Cinta, Tapi Kerana Allah’

    Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Tengku Ratu Haidar, 15, dan Tengku Cleopatra Haidar, 12 tahun.

    Linda sebelum ini pernah berkahwin dan mempunyai seorang cahaya mata lelaki iaitu Qalif Khan yang kini berusia 24 tahun.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts