Anak-anak pelakon, Rita Rudaini iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna mencuri perhatian ketika satu sesi siaran langsung di TikTok, baru-baru ini.
Netizen bertanya
@ritarudainifc YTJT kesah perjalanan mereka ?? mommy sedang kutip hasil kesabaran itu ?? #ritarudaini #ritarudainifc #airits #ibuikon #ritarudainidulukiniselamanya #ritarudainiibuikon ? original sound – RitaRudainiFC OFFICIAL
Menerusi rakaman video dimuat naik @RitaRudainiFC, Rita atau nama sebenarnya Rita Rudaini Mohammad membacakan pertanyaan seorang netizen ketika sesi siaran langsung tersebut.
Ada orang tanya, ‘Bagi tak kalau Mommy nak kahwin lagi?’
Rayyan dan Qaqa tak bagi
Mendengar kepada pertanyaan itu, Rayyan dan Qaqa yang berada di belakang Rita pantas menjawab soalan tersebut.
Tak payahlah, Mommy tak payah kahwin lagi.
Mommy seorang pun dah cukup dah.
Di akhir video, dapat dilihat pelakon ‘Mami Jarum’ memaklumkan dia tidak akan berkahwin lagi sebelum memeluk erat kedua anaknya itu.
Hah dengar itu korang. Mommy tak akan kahwin lah sebab mommy nak duduk dengan Rayyan dan adik.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sebak melihat momen tiga beranak itu.
Sekadar info, Rita pernah mendirikan rumah tangga dengan pemain bola sepak terkenal, Aidil Zafuan pada 2008 sebelum berpisah pada 2013.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Rayyan dan Qaqa.