Pempengaruh Andika Putera dipercayai telah menamatkan zaman duda selepas berkongsi video hari bahagianya bersama seorang wanita.
Kembali bergelar suami
View this post on Instagram
Menerusi hantaran terbaharu di Instagram, Andika atau nama lengkapnya Muhamad Andika Putera memuat naik sebuah video majlis akad nikah dan majlis persandingan.
Pempengaruh berusia 27 tahun itu dan isterinya kelihatan segak dengan busana berwarna putih untuk kedua-dua majlis.
Majlis tersebut turut dihadiri oleh anak perempuan Andika iaitu Alisha Puteri.
Bismillah. Inilah permulaan baru dan sebuah kebahagiaan yang tidak berkesudahan.
Semoga Allah membimbing perkahwinan kita dan memberi sakinah, mawaddah dan rahmah. Amin.
Wajah isteri dirahsiakan
Dalam pada itu, Andika turut berterima kasih kepada keluarga dan rakan-rakannya serta isteri tercinta.
Terima kasih keluarga, sahabat, keluarga baru dan doa anda semua. Doakan ikatan ini membawa ketenangan, kebahagian dan kasih sayang yang berpanjangan.
Dan akhir sekali, terima kasih cinta.
Walau bagaimanapun, Andika mengambil pendekatan untuk tidak memaparkan wajah isterinya di video berkenaan. Namun tular sebuah video di TikTok yang memperlihatkan kejelitaan rupa paras wanita tersebut.
Menjengah ke ruangan komen, bapa kepada seorang anak itu dihujani dengan ucapan tahniah dan warganet mendoakan agar perkahwinan tersebut berkekalan.
Terdahulu, Andika pernah mendirikan rumah tangga dengan personaliti media sosial Ananda Natasha namun mereka bercerai selepas empat tahun. Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Alisha Puteri.