Sebelum ini, pempengaruh media sosial Andika Putera memasang hasrat untuk membeli menara pencakar langit, Tun Razak Exchange (TRX).
Nak jadi PM
@youcasttt Menteri @Andika Putera ? original sound – Youcast
Terbaharu, Andika memaklumkan dirinya berhasrat untuk menjadi Perdana Menteri satu hari nanti.
Saya nak jadi Perdana Menteri, itu impian saya. Orang nak kata gila, katalah.
Saya ada ‘goal’ saya sendiri iaitu nak menjadi seorang pemimpin yang baik.
Ujar pempengaruh berusia 27 tahun, dia juga telah melakukan beberapa persiapan untuk mencapai impiannya itu namun perlu berdepan dengan beberapa ujian
Saya ada persiapan saya tetapi saya banyak diuji untuk mendapat benda (impian) itu.
Allah akan bagi apa yang diminta hambanya tetapi akan disertakan dengan ujian kerana kau kena lepas ujian itu untuk menjadi apa yang kau nak.
Andika berkongsi perkara tersebut menerusi saluran podcast Youcatsclips.
Kena hadap ujian besar
Dalam pada itu, Andika menitipkan pesanan buat pempengaruh di luar sana agar kuat berdepan dengan ujian yang dihadapi bagi mencapai impian diinginkan.
Macam contoh orang yang nak jadi pempengaruh. Dia nak pengikut berjuta orang tapi bila kena kecam sikit ja dah tak boleh.
Jadi untuk pempengaruh di luar sana, nak capai impian korang, capailah tetapi korang kena hadap ujian sebesar mana impian yang kau inginkan.