Personaliti media sosial, Andika Putera mengumumkan khabar gembira apabila dia telah menamatkan zaman duda bersama wanita pilihan hatinya, baru-baru ini.
Andika, menerusi video yang dimuatnaik di Instagram dilihat berkongsi momen dia dan isteri yang anggun menggayakan busana serba putih pada majlis akad nikah serta majlis persandingan itu.
“Alhamdulillah ❤️.”-kapsyen ringkas Andika Putera di Instagram
View this post on Instagram
“Jangan Rakam Pulak..”
Di sebalik ramai yang menitipkan ucapan tahniah buatnya dan isteri, terdapat netizen yang memberikan nasihat ‘padu’ buat Andika untuk tidak merakam video ‘bersama’ seperti yang didakwa oleh bekas isterinya terdahulu.
“Tahniah baru la sekufu sedarjat.”
“Alhamdulillah tahniah Andika Putera.”
“Congrats Dika. Moga bahagia sampai ke syurga.”
“Ingat tau jangan rekod-rekod dah masa main. Main je tak perlu rekod-rekod. Kalau nak rekod juga, buka live IG dengan TikTok sekali, boleh netizen pantau dari jauh 😂.”
“Harap yang baru ni takde rakam-rakam la 🤭.”
“Jangan rakam pulak.”
“Tak payah tunjuk la kalau nak sorok-sorok.”
“Jangan rekod video..tu pulak.”
“Habisla kena rekod nanti.”
“Alhamdulillah tahniah Tuan Andika. Semoga berbahagia hingga ke syurga. Jangan rakam-rakam lagi lepas ni tau.”
Sekadar info, Andika Putera sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama pempengaruh media sosial, Ananda Natasha. Walaubagaimanapun, mereka membuat keputusan untuk berpisah selepas empat tahun berkahwin.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Alisha Puteri.