Di TikTok, tular satu potongan video memaparkan suasana sambutan hari jadi kepada anak bekas pasangan pempengaruh, Andika Putera dan Ananda Natasha iaitu Alisha Puteri.
Sambut hari jadi anak bersama
@fidaramli Replying to @boo_bugg adaaa.. lepas dengan mama dengan papa @Andika Putera pulakkk… bawak bertenangggggggggg…. Fida kan rapat dengan tasha.. apoo.. #fyp #sekufu ? original sound – BY FIDA RAMLI
Menerusi perkongsian tersebut, dapat dilihat Andika sedang membantu Alisha untuk memotong kek sambil mendukung anak sulungnya itu.
Andika yang turut ditemani Natasha di sisi turut menyanyikan lagu ‘Allah Selamatkan Kamu’ bersama tetamu-tetamu yang hadir.
Hantaran tersebut telah meraih perhatian wargamaya yang rata-ratanya lebih tertumpu ke arah riak wajah yang ditunjukkan Natasha.
Komen netizen
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen beranggapan Natasha seakan tidak selesa untuk meraikan majlis hari jadi tersebut bersama bekas suaminya itu.
Walau bagaimanapun, ada juga netizen yang berpendapat Natasha bukanlah berasa tidak selesa sebaliknya sebak dengan momen yang berlaku ketika itu.
Terdahulu, isu melibatkan pasangan bekas suami isteri ini mula timbul selepas Natasha memuat naik beberapa tangkap layar sebagai bukti bahawa bekas suaminya itu bermain kayu tiga bersama staf dan juga rakannya.
Lebih parah, tular pula satu tangkap layar perbualan yang mendakwa Andika mahu menyebarkan video ‘bersama’ Natasha menerusi aplikasi WhatsApp.
Walau bagaimanapun, Andika menafikan dakwaan tersebut dan menjelaskan dia tidak memiliki sebarang video atau gambar terlarang tersebut.
Mereka juga kemudiannya telah mencapai kata sepakat tentang hak penjagaan anak mereka, Alisha dan bersetuju untuk menjaga puteri sulung mereka secara bergilir-gilir setiap minggu.