Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, January 20, 2025
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Anim Ezati Dakwa Bekas Suami ‘Brainwash’ Anak – ‘Dia Sampai Takut...

    [VIDEO] Anim Ezati Dakwa Bekas Suami ‘Brainwash’ Anak – ‘Dia Sampai Takut Nak Baik Dengan Ayah Tiri Dia’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pengacara dan personaliti TV3 iaitu Anim Ezati mendakwa bekas suaminya telah meracun fikiran anaknya sehingga kanak-kanak itu takut untuk berbaik dengan suami baharunya yang dikenali sebagai Ariff.

    Bekas suami ‘brainwash’ anak?

    @animezatiTak pernah aku cerita pasal benda ni. tapi ni je cara aku nak sampaikan kat dia sebab we not contact each other anymore. Sorry guys. sebab aku rasa ini je jalan untuk anak aku tak lagi lalui semua ni. She deserve to be happy dengan hidup yang ditakdirkan untuk dia sekarang. Aku rasa tak fair bila dia dibuat macam ni. she’s just a kid yang nak happy.? original sound – Anim Ezati

    Menerusi perkongsian di TikTok, Anim atau nama lengkapnya Anim Ezati Rizki mendakwa bekas suaminya itu seakan tidak suka melihat kemesraan yang terjalin antara suami baharu bersama anaknya.

    Setiap minggu aku akan bagi anak aku dekat bapa dia dan bapa dia akan ambil dia. Inilah cerita bila kita dah bercerai-berai dan kita memilih untuk menjaga anak bersama-sama, kononnyalah.

    Tapi kalau kau dapat ‘ex’ yang tak beri kerjasama, benda-benda macam ini akan terjadi.

    Kepada kau (bekas suami), aku paling tak suka bila kau cuba jadikan anak toksik dan berfikir seperti kau.

    Sampaikan dia (anak) takut nak berbaik dengan ayah tiri dia sebab kau dah ‘brainwash’ dia. Sebab kau cakap kalau anak baik dengan ayah tiri dia, segala ‘benefit’ yang kau bagi pada setiap hujung minggu akan ditarik balik.

    Kau kata kalau kau nampak video anak bermesra dengan ayah tiri dia, kau tak nak bagi dia main ‘ice skating’, tak nak belikan dia mainan dah. Kau tak malu ke buat macam itu kepada budak?

    Dah lama geram

    Tambah Anim, dia terpaksa memuat naik video tersebut kerana tidak mempunyai cara lain untuk memberitahu bekas suami berhubung perkara tersebut.

    ALSO READ:  [VIDEO] Isteri ‘Bad Mood’, Fizi Ali Pujuk & Hadiahkan Pokok Cili Api – ‘Dia Suruh Jaga, Jangan Bagi Mati’

    Jelas Anim, dia sudah lama menyekat nombor bekas suami demi memastikan kesihatan mentalnya tidak terganggu.

    Maaf video ini agak personal tetapi aku dah tak ada cara nak ‘reach’ dengan bekas suami. Kami dah ‘block’ satu sama lain sebab itulah yang terbaik untuk kesihatan mental aku dan perkahwinan aku yang sekarang.

    Dia hanya ‘contact’ melalui bibik sahaja.

    Aku memang dah geram dan kalau aku tak buat macam ini dia tak akan berhenti dera pemikiran anak aku.

    Anak ini yang masih kecil dia tahu siapa yang ikhlas dan baik hati dengan dia jadi bila dia (bekas suami) tertengok video mesra anak dengan suami dia terus ugut budak itu.

    Lain lah kalau orang tu ada buat benda baik dekat anak kau, bolehlah kau buat macam itu tapi sekarang ini orang itu jalankan tanggungjawab yang sangat baik terhadap anak kau pun tak bersyukur lagi?

    Di akhir hantaran, Anim sempat menitipkan pesan kepada orang yang telah bercerai di luar sana untuk tidak menjadikan anak sebagai tiket untuk membalas dendam.

    Tambah pengacara berusia 32 tahun itu lagi, dia tidak teragak-agak untuk membongkar segala apa yang telah berlaku sekiranya bekas suami tetap mahu ‘meracuni’ pemikiran anaknya.


    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts