Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Anim Ezati Kembali Bergelar Isteri, Ada Sebab Rahsia Dari Orang Ramai...

    [VIDEO] Anim Ezati Kembali Bergelar Isteri, Ada Sebab Rahsia Dari Orang Ramai – ‘Ini Suami Baharu Saya & Insya-Allah Yang Terakhir’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    anim ezatianim ezati

    Pengacara dan personaliti TV3 iaitu Anim Ezati mendedahkan dirinya sudah pun mendirikan rumah tangga buat kali kedua bersama jejaka pilihannya yang dikenali sebagai Ariff.

    ‘Tak nak kecoh-kecoh’

    Pemilik nama Anim Ezati Rizki ini memaklumkan perkara tersebut ketika menjawab pertanyaan yang diajukan oleh pengikutnya sewaktu sedang makan malam bersama suami baharunya sambil melakukan siaran langsung di TikTok.

    Walau bagaimanapun, Anim tidak berkongsi secara terperinci mengenai tarikh pernikahannya bersama Ariff.

    Anim dah kahwin dah, kalau tak kahwin tak akanlah saya nak duduk sebelah mesra macam ini pula kan.

    Saya tak pernah ‘share’ fasal perkahwinan baru ini sampaikan ramai yang buat andaian. Lagi pula saya malas nak kecoh dan sebagainya sebab bila kecoh-kecoh nanti saya kena explain.

    Jadi, siapa yang dah tengok siaran langsung ini dan yang dah tahu saya dah kahwin, doakan sajalah yang terbaik.

    Tak ada istilah ‘getback’ ke apa, tapi ini adalah suami saya yang baharu dan insya-Allah yang terakhir.

    Ketika ditanya pengikutnya mengapa mengambil keputusan untuk merahsiakan perkahwinan, pengacara Malaysia Hari Ini memaklumkan dia tidak mahu perkahwinannya itu menjadi buah mulut negatif orang ramai.

    Sebab apa tak nak bagitahu? Kalau bagitahu nanti akan ada mulut-mulut yang tak sedap untuk didengar. Jadi tak payahlah, dan lebih baik kami bahagia dengan cara kami.

    Bukan niat nak sorok dan rahsiakan mengenai suami saya ke apa, tidak. Tapi kami hidup seperti biasa dengan cara kami. Sama seperti anda semua, kalau kahwin pun ada ja orang yang korang tak jemput.

    Tapi kalau ada tiba-tiba ada pula cakap buat maksiat ke apa, itu masalah orang itulah. Jangan pula salahkan kami sebab kami tak kongsikan perkahwinan kami.

    Tambah Anim, dia juga tidak mahu orang ramai membuat sebarang spekulasi dengan mengaitkan perkahwinan baharunya ini dengan kisah percintaannya yang sebelum ini terputus di tengah jalan.

    Kalau kita buat pengakuan pun orang akan buat spekulasi dan kaitkan dengan cerita lama saya buat apa kan? Jadi kenapa perlu bagitahu semua orang setiap keputusan yang kita buat.

    Yang banyak ‘condemn’ saya itu pun buka ‘support’ program saya. Kalau yang betul kenal saya, dia akan mendoakan yang terbaik buat saya dan bukannya kecam saya.

    Yang penting kita jangan kacau orang, yang penting saya ada si hitam manis saya ini di sisi.

    Sekadar info, Anim sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama Mohd Fadli Sahudin pada 28 Disember 2019 dan hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan.

    ALSO READ:  Robot Serang Manusia, Jurutera Tesla Mengalami Luka Di Tangan Akibat Jentera Robot Gagal Berfungsi

    Walau bagaimanapun, perkahwinan mereka itu hanya bertahan selama dua tahun selepas mereka mengambil keputusan untuk bercerai pada tahun 2022.

    Anim kemudiannya dikhabarkan menyulam cinta bersama pelakon filem ‘Paskal’ iaitu Taufiq Hanafi namun kisah percintaan mereka itu terputus di tengah jalan.

    Video

    @official Wahh.. selamat pengantin baru Anim ????# #fyp #news #animezati #pengantin #baru ? original sound – OHBULAN!

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts