Pelakon Aniq Suhair yang ketika ini berada di Tanah Suci, Makkah berkongsi kata-kata nasihat mengenai sikap bersangka baik terhadap orang lain.
‘Jadi baik’
Menerusi hantaran video di TikTok, Aniq berkata lebih mudah mengubah hati sendiri untuk sentiasa bersangka baik terhadap orang lain berbanding mengharapkan seseorang itu melakukan perubahan yang sama.
Kita ini tak mampu nak mengubah hati seseorang untuk bersangka baik kat kita kan. Tapi kita boleh mengubah hati kita sendiri untuk bersangka baik dekat orang lain.
Itulah kalau nak berubah itu, berubahlah kan. Lebih baik lambat daripada tidak ya tak? Yela, bukan senang nak jadi baik ni. Sekurang-kurangnya kita cuba, betul tak? Sentiasa cuba dan cuba.
Sementara itu, rata-rata netizen yang singgah ke ruangan balas bersetuju dengan kata-kata nasihat daripada pelakon tersebut. Malah, netizen juga mendoakan yang terbaik untuknya.
Terdahulu, nama Aniq pernah terpalit dengan kontroversi apabila seorang wanita mendakwa dirinya telah menghamilkan anak aktor itu dan memintanya bertanggungjawab.
Malah, wanita terbabit mendakwa Aniq telah memberikan wang berjumlah RM60,000 dan memintanya untuk mengugurkan kandungan tersebut sehingga dia menghadapi jangkitan di bahagian rahim.
Dakwa wanita tersebut lagi, dia juga sudah termakan dengan pujuk rayu pelakon itu yang berjanji untuk menjaganya sekiranya dia menggugurkan kandungan. Namun, secara tiba-tiba menghilangkan diri dan tidak mahu bertanggungjawab.
Bagaimanapun usaha untuk mendapatkan kenyataan Aniq masih tidak berjaya sehingga hari ini.
Video
@baniqqHuhu…? original sound – Aniq Suhair – baniqq