Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, November 29, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Anna Jobling Sanggup ‘Tergantung’ Lebih 8 Jam Demi Watak Doktor Tantri...

    [VIDEO] Anna Jobling Sanggup ‘Tergantung’ Lebih 8 Jam Demi Watak Doktor Tantri Dalam Filem ‘Lembayung’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pelakon Anna Jobling mendedahkan sanggup ‘menggantungkan diri’ selama 8 jam demi menjayakan watak sebagai Doktor Tantri menerusi filem seram berjudul Lembayung.

    Tergantung lebih 8 jam

    Ketika ditemui , Anna atau nama lengkapnya Anna Ellisa Gustin Jobling, 24, mengakui berani membuat keputusan sedemikian kerana percaya krew produksi yang bertugas di set penggambaran akan memastikan keselamatannya terjamin.

    Saya sanggup ‘dijerut’ dan tergantung selama hampir 8 jam masa bawa watak sebagai Doktor Tantri. Sepanjang tu memang saya makan, tidur pun dalam keadaan tergantung dan ada kerusi juga, saya duduk di situ.

    Ikatan tu sebenarnya boleh dilonggarkan, cumanya saya malas nak turun naik dan proses nak pasang alat keselamatan tu rumit. Jadi saya ambil keputusan untuk terus tergantung di atas tu.

    Set filem Lembayung memang ramai sangat krew produksi, lebih daripada 100 orang. Belakang kamera pun ramai, krew yang kawal tali pun ramai.

    Anna berkata demikian ketika ditemui pada tayangan gala filem Lembayung, di GSC Tropicana Garden Mall pada Selasa.

    Anna bukti jadi pelakon versatil

    Tambah Anna lagi, pihak produksi juga telah mengambil masa yang lama untuk menyiapkan set penggambaran tersebut demi memastikan semuanya berada dalam keadaan selamat.

    Bukan itu sahaja, Anna juga memberitahu bahawa sebelum melakonkan babak tergantung itu, dia sudah mempelajari cara pernafasan yang betul supaya adegan tersebut nampak ‘real’.

    Bila dah dapat shoot tu, terus cut dan ikatan tu terus dilepaskan. Kemudian baru saya boleh bernafas dan masa tu, ada krew yang dah bersedia tunggu di bawah untuk sambut kaki saya.

    Apabila ditanya mengenai keputusannya menerima watak seram di filem Lembayung, Anna menjelaskan dia mahu dikenali sebagai seorang pelakon yang versatil yang mampu membawa pelbagai jenis genre dan karakter.

    Kenapa saya buat filem Lembayung ini sebab nak tunjuk dekat semua orang yang saya bukan seorang pelakon yang hanya boleh bawa watak ayu, baik sahaja tetapi saya juga boleh bawa watak berlainan.

    Selain Anna, antara barisan pelakon yang membintangi filem Lembayung adalah Arya Saloka, Taskya Namya, Yasamin Jasmen dan Oka Antara.

    ALSO READ:  Haniff Hamzah Nafi Bosan Bersama Radio Melayu, Cabar Diri Mula Dari ‘Zero’ – ‘Saya Dah Sampai Ke Kemuncak’

    Filem Lembayung yang diarahkan oleh pelakon Baim Wong telah ditayangkan di Indonesia sejak September dan akan mula ditayangkan di Malaysia pada 5 Disember hadapan.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts