Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Anna Jobling Tak Melatah Ada Yang Kecam Jadi Juri Program Lawak...

    [VIDEO] Anna Jobling Tak Melatah Ada Yang Kecam Jadi Juri Program Lawak – ‘Ini Semua Rezeki, Banyak Lagi Yang Perlu Saya Belajar’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pelakon jelita, Anna Jobling tidak melatah meskipun ada pihak yang tidak bersetuju dirinya dipilih menjadi salah seorang juri bagi sebuah program lawak terbitan stesen televisyen swasta.

    ‘Ini adalah rezeki’

    Ketika ditemui , Anna sebaliknya menganggap tanggungjawab yang diberikan kepadanya ini sebagai rezeki dan akan berusaha sedaya upaya untuk mempelajari satu peranan baharu dalam karier seninya.

    Bila saya berpeluang untuk buat ini (jadi juri), saya rasakan ini adalah rezeki buat saya.

    Ada banyak benda lagi saya kena belajar dan dalam setiap perkara yang kita lakukan dalam hidup ini, pasti akan ada kali pertama. Jadi, ini adalah kali pertama buat saya untuk menjadi juri.

    Mungkin ia akan agak susah untuk saya, tapi saya akan cuba melihat komen dan kritikan yang akan membantu saya untuk maju dalam industri ini.

    Anna berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada sesi sidang media Muzikal Lawak Superstar yang diadakan di Zebra Square, Kuala Lumpur pada petang Rabu.

    Batu loncatan karier seni

    Dalam pada itu, pelakon yang terkenal menerusi drama ‘Melur Untuk Firdaus’ berpendapat tugas sebagai juri ini sebagai satu langkah untuk dirinya terus mengembangkan lagi karier dalam industri seni.

    Sebelum ini, saya memang dikenali sebagai pelakon. Sekarang ini, saya akan jadi juri. Jadi, ini satu langkah dalam laluan karier saya.

    Mungkin ada orang yang tak suka atau terkejut. Tapi, saya rasa, bukan saya seorang saja dalam hidup ini yang kena kecam.

    Bagi saya ini peluang. Saya terbabit program ini sebab saya nak berseronok.

    Terdahulu, seorang artis wanita berpangkat senior mempertikaikan pemilihan Anna sebagai salah seorang juri bersama Saiful Apek dan Harith Iskander bagi program lawak tersebut.

    ALSO READ:  [VIDEO] ‘Kasih Saya Terhadap Awak Kekal Selamanya’ – Ucapan ‘Sweet’ Mimi Lana Sempena Hari Lahir Syafiq Kyle

    Menurut artis wanita itu, ramai lagi artis senior berpengalaman yang lebih layak untuk menjadi juri bagi program berkenaan.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts