Tindakan Datin Red atau nama sebenarnya Sharifah Norshafila Hashim yang berkongsi semula hantaran oleh seorang kenalannya mengenai takdir dan jodoh yang telah ditetapkan Allah SWT telah menarik perhatian ramai.
‘Semuanya pinjaman’
Menerusi video yang dimuat naik Kyra Zeila memaparkan momen Sharifah Norshafila berada di mahkamah syariah untuk menguruskan perceraiannya dengan Datuk Red atau nama sebenarnya, Datuk Seri Adnan Abu.
Namun apa yang mencuri tumpuan ramai adalah kapsyen ditulis Kyra yang seakan menggambarkan situasi dilalui oleh Datin Red.
Apa yang kita ada, apa yang kita punya bukan selamanya milik kita. Semuanya pinjaman, yang hanya sementara. Kuat mana pun pertahan, andai tiba masanya, dia akan terlerai juga.
Yakinlah dengan percaturannya. InsyaAllah yang mendatang akan baik-baik saja. Pujuklah hati supaya ikhlas menerima dan redha segala ketentuannya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya sempat memberi kata-kata semangat buat Sharifah selain berharap agar wanita itu tabah menghadapi ujian hidup.
Untuk rekod, Sharifah Norshafila dan Datuk Seri Adnan Abu telah sah bercerai talak satu pada 14 Mei 2024.
Hasil perkahwinan Adnan dan Sharifah mereka dikurniakan lima orang cahaya mata sementara dengan Adira, mereka memperoleh empat orang anak.
Video
View this post on Instagram