Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Apa Yang Menarik Tentang Samsung Galaxy Ring Yang Terbaharu?

    [VIDEO] Apa Yang Menarik Tentang Samsung Galaxy Ring Yang Terbaharu?

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Samsung tidak hanya merilis Galaxy Z Fold 6 dan Z Flip 6 yang berlangsung di Paris, Perancis semalam. Turut menarik perhatian adalah Galaxy Ring dan Galaxy Watch Ultra turut pula diumumkan.

    Galaxy Ring

    Galaxy Ring pertama kali diumumkan di Galaxy Unpacked Januari 2024. Kini Samsung telah melancarkannya secara rasmi secara global.

    Cincin pintar ini direka untuk pemantauan kesihatan 24/7. Oleh itu, beratnya dibuat ringan, antara 2.3 hingga 3.0 gram untuk memastikan keselesaan apabila dipakai dalam jangka masa yang lama.

    Reka bentuk cekung yang unik menambah gaya sambil memastikan ketahanan. Dengan rintangan air sehingga 10ATM dan kemasan dari Titanium Gred 5, Galaxy Ring boleh digunakan dalam pelbagai situasi.

    Samsung menyediakan sembilan saiz. Setiap satu boleh didapati dalam tiga varian warna iaitu Titanium Black, Titanium Silver dan Titanium Gold.

    Bercakap tentang hayat bateri, ia didakwa sehingga tujuh hari, dan gunakan case pengecasan yang elegan dengan lampu LED untuk menyemak status pengecasan.

    Galaxy Ring akan menganalisis tidur supaya dapat membantu pengguna memahami corak dengan mudah dan membina tabiat yang lebih baik. Selain Skor Tidur dan analisis berdengkur, metrik tidur baharu seperti pergerakan tidur, kependaman tidur, kadar denyutan jantung dan pernafasan memberikan analisis kualiti tidur yang terperinci dan tepat.

    Galaxy Ring mempunyai Penjejakan Kitaran yang boleh menjejaki kitaran haid dengan lebih baik berkat pemantauan suhu kulit semalaman. Cincin pintar ini turut dilengkapi dengan Galaxy AI yang menghasilkan laporan kesihatan terperinci yang merangkumi pelbagai metrik kesihatan.

    Salah satu ciri yang menggunakan Galaxy AI ialah Energy Score. Ciri ini akan menilai keadaan fizikal dan mental berdasarkan empat faktor penting, iaitu tidur, aktiviti harian, kadar denyutan jantung semasa tidur, dan kebolehubahan kadar denyutan jantung semasa tidur.

    ALSO READ:  UNIQLO Perkenal Koleksi Edisi Terhad Marimekko Summer 2024

    Galaxy Ring dilengkapi dengan Heart Rate Alert yang menyediakan pemberitahuan segera mengenai kadar jantung yang sangat tinggi atau rendah dalam masa nyata melalui aplikasi Samsung Health.

    Selain itu, pengguna boleh mengambil gambar dengan mudah atau mematikan penggera pada telefon pintar Galaxy dengan gerak isyarat dua kali cubitan melalui Gesture. Pengguna boleh mencari lokasi cincin ini melalui telefon Galaxy dengan Find My Ring pada Samsung Find.

    YouTube videoYouTube video

    Galaxy Ring ditempah mulai 10 Julai 2024 di beberapa negara. Malangnya Malaysia tidak disertakan kali ini.

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts