Usahawan dan pempengaruh media sosial, Shaniena Natasya mempunyai hubungan yang baik dengan seorang wanita yang difahamkan bekas isteri kepada suaminya.
Demi anak
@shanienanatasyaaaa @Yzah Umlas ??
? suara asli – “??” – “??”
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Shaniena dilihat sedang menikmati minuman bersama wanita tersebut.
Menurut Shaniena, dia menganggap wanita berkenaan seperti ahli keluarganya sendiri dan mereka ingin menjaga hubungan yang baik demi anak.
Kami berkawan demi masa depan anak. Kedua-duanya ada kerjaya sendiri jadi kami tidak ada masalah dengki sebab dua-dua hebat dengan cara tersendiri.
Apa yang terjadi biarlah lepas tapi saya tak sondol rumah tangga orang.
Saya tak anggap dia orang luar, saya anggap dia macam kakak saya sendiri.
Walaupun kami jauh, insya-Allah akan selalu ada untuk anak kami.
Dalam masa yang sama, usahawan berusia 21 tahun itu juga mendoakan yang terbaik untuk wanita tersebut selain menzahirkan rasa tulus dalam perhubungan mereka.
Saya juga doakan yang baik-baik untuk dia dapat bakal suami yang boleh menjaga dia dan anak saya.
Insya-Allah doakan kami sama-sama menjaga anak kami dan mendorong anak kami dalam apa jua. Walau apa orang luar kata kisah kami ini pelik, tapi kami tak kisah sebab ini demi masa depan.
Semoga Allah sahaja yang menjaga hubungan kami dan sentiasa beri kami keikhlasan dalam melakukan segalanya.
Untuk info, Shaniena mendirikan rumah tangga bersama suaminya iaitu Choudhry Wasim pada Mei tahun lalu.