Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Apakah Hukum Bermain Telefon Semasa Khutbah Solat Jumaat? Ustaz Azhar Idrus...

    [VIDEO] Apakah Hukum Bermain Telefon Semasa Khutbah Solat Jumaat? Ustaz Azhar Idrus Beri Penerangan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus menjelaskan tentang hukum bermain telefon bimbit ketika mendengar khutbah solat Jumaat.

    Penjelasan ustaz

    @syazwae_

    Hukum Main Phone Semasa Khutbah #ustazazharidrus #masukberanda #tiktokviral #thaimalay #ceramah #ceramahislam #nasihat #ustazmuhaizadalyamani #ustazwadiannuar #wirid #solat #kuliah #agama #sunnah #aswj #dakwah #fyp #fypviral #fypppppppppppppp

    ? original sound – Syazwae – Syazwae

    Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Ustaz Azhar menegaskan tentang larangan bermain-main semasa solat Jumaat terutama kepada mereka yang wajib menunaikan ibadah tersebut.

    Siapa yang wajib solat Jumaat, tidak boleh bermain-main. Yang boleh bermain-main adalah orang yang tidak wajib solat Jumaat.

    Contohnya, kanak-kanak. Mereka tidak wajib solat Jumaat maka mereka boleh bermain. Tetapi kalau di masjid tidak boleh mengganggu orang yang sedang solat.

    Walau bagaimanapun, jika tujuannya adalah untuk merakam penyampaian khutbah maka ianya dibolehkan namun perlu fokus semula selepas selesai merekod.

    Jadi jangan main telefon. Tetapi kalau dia merekod apa yang dibacakan oleh khatib, itu dimaafkan kerana menggunakan telefon sebentar sahaja.

    Selepas pada itu, dia hendaklah memberi tumpuan kepada khutbah.

    Di dalam Al-Quran ada menyebut, apabila khutbah dibaca Allah mengatakan, ‘hendaklah kamu berusaha sampai dapat mendengar khutbah yang disampaikan.’

    Jadi dilarang segala jenis permainan.

    Cara melakukan teguran

    Ustaz Azhar IdrusUstaz Azhar Idrus

    Dalam pada itu, pendakwah berusia 60 tahun tersebut juga berkongsi tentang cara yang betul untuk menegur seseorang ketika khutbah disampaikan.

    Nabi larang bercakap, kalau kita bercakap akan jadi lagha.

    Kata Imam Nawawi dan para ulama, hendaklah kita melarang dengan isyarat.

    Contohnya kalau ada kanak-kanak bising, kita buat isyarat jari untuk memintanya diam. Itu adalah harus hukumnya, tidak dilarang.

    ALSO READ:  ‘Tak Perlu Risau, Aliff Sayang Awak Sebab Tu Dia Tinggalkan Kami..Awak Boleh Ambil Dia’ – Bella Astillah

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts