Tular di TikTok baru-baru ini, video perlumbaan siput sedut yang mendapat perhatian warganet sehingga meraih jumlah tontonan yang tinggi.
Penjelasan hukum
@adninroslan Takde ke yang nak buat lumba lipas? Mesti penuh dengan thriller.. #ustazadnin #tarbiahsentap #tiktokguru
? original sound – Ustaz Adnin – Ustaz Adnin
Pempengaruh Islamik, Ustaz Adnin tampil memberi penjelasan mengenai hukum perlumbaan siput sedut.
Sebenarnya lumba siput sedut ini tak ada isu pun, ianya diharuskan. Nabi Muhammad SAW pun pernah lumba unta.
Ianya pun salah satu hiburan juga.
Walau bagaimanapun, sesuatu perlumbaan yang melibatkan haiwan boleh menjadi hukum haram apabila mempunyai unsur perjudian atau menzalimi binatang.
Jadi perlumbaan antara binatang ini tak berdosa pun, kecuali ada unsur perjudian atau menzalimi haiwan tersebut.
Contohnya, laga ayam yang selalunya ada unsur perjudian dan mencederakan antara binatang itu.
Orang biasa tengok lumba kuda dan bertaruh kuda mana yang akan menang. Itu judi dan haram.