Pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus memberi penjelasan mengenai cerai taklik yang kadang kala berlaku dalam kalangan pasangan suami isteri.
Contoh situasi & lafaz
@beritadarilangit7 syamsul yusof dan ira kazar cerai taklik #syamsulyusof #irakazar #ustazazharidrus
? Dealova Piano – DNP
Menerusi perkongsian yang dimuat naik semula di TikTok, Ustaz Azhar menjawab pertanyaan seorang individu berkenaan cerai taklik.
Ia ada taklik biasa tanpa kait dan kait (dengan perbuatan). Kebiasaannya ialah berkait dengan perbuatan.
Bagi memudahkan kefahaman orang ramai, Ustaz Azhar kemudian memberikan contoh situasi berkenaan kes cerai taklik.
Contohnya apabila suami kata, ‘kalau awak pergi juga rumah kawan awak di Seberang Takir, maka jatuh satu talak.’ Itu adalah cerai taklik.
Tapi jika isterinya pergi ke Seberang Takir tapi tidak ke rumah kawannya, maka itu tak jatuh talak.
50 tahun isterinya tak pergi ke rumah kawan tersebut tetapi pada tahun ke 51 isterinya pergi, oleh itu jatuhlah talak walaupun ketika itu suaminya sudah nyanyuk.
Walau bagaimanapun, cerai talik hanya akan menjadi sah apabila isteri diberi pilihan.
Tetapi ia akan sah apabila si isteri mempunyai sesuatu pilihan.
Contohnya, si suami kata, ‘lepas daripada ini kamu bernafas, maka jatuh talak.’ Itu tidak sah dan tidak boleh.