Usahawan kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman tampil mendedahkan dirinya tidak akan mengeluarkan lagu raya buat para peminatnya seperti kebiasaan pada tahun ini.
April Fool
View this post on Instagram
Menerusi hantaran di Instagram (IG), Aliff memaklumkan video promo lagu raya yang dimuat naiknya sebelum ini adalah sekadar gurauan buat para pengikutnya di media sosial.
Lagu raya saya tahun ini tak ada pun, saya saja sakat korang semua.
Kepada mak dan isteri saya jangan marah ya dan kepada korang (netizen) semua, April Fool.
Di akhir hantarannya, bapa kepada lima orang anak ini sempat menitipkan ucapan lebaran buat para pengikutnya dan berharap orang ramai tidak mengambil serius dengan gurauannya itu.
Maaf semua, jangan serius sangat. Hidup ini kena ‘happy’ ja.
Saya juga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat anda semua, yang baik itu datangnya daripada Allah dan yang kurang adalah daripada saya.
Terdahulu, Aliff menerima kecaman daripada netizen selepas memuat naik muzik video (MV) ‘Love Raya’ nyanyiannya yang didakwa keterlaluan dan tidak mencerminkan akhlak umat Islam.
Video tersebut turut mendapat perhatian Bonda Rozita yang turut meluahkan rasa kesal dengan tindakan anaknya itu.
Menurut Rozita, anaknya sepatutnya berasa malu kerana memuat naik konten kurang sopan di media sosial.