Seorang doktor mengakui hidupnya berubah selepas mendengar lagu Permaidani nyanyian Aris Ariwatan.
Kisah seorang doktor
@isiminyakluu Seorang Doktor mengaku, Lagu Permaidani telah mengubah hidupnya suatu ketika dahulu. EP12 | Part7 #isiminyakluu #transmaticautomotive #podcastmalaysia #podcast #arisariwatan #lamunanterhenti #permaidani #astromalaysia #beritakini #viralmalaysia?? @luqmanhafidzx @transmatic_autobenz @transmatic_automotive @mechanictransmission @kevlerman @championlubesmalaysia
? original sound – Isi Minyak Luu.. – Isi Minyak Luu..
Menerusi perkongsian di podcast Isi Minyak Luu, Aris atau nama sebenarnya Harris Fadzillah Daud berkata, dia pernah didatangi oleh seorang doktor seusai membuat persembahan.
Sewaktu saya selesai buat persembahan, saya didatangi oleh seorang doktor.
Dia kata, ‘kalau saya nak bagi duit, saya tak tahu nak bagi berapa, kalau saya nak cakap terima kasih..bukan nilainya.’
Menurut penyanyi berusia 58 tahun itu, doktor tersebut memberitahu bahawa lagu Permaidani telah mengubah dirinya sewaktu berada di titik paling rendah dalam hidup.
Dahulu dia belajar di Universiti Malaya dan berada di tahun kelima. Dia juga merupakan seorang pelajar yang baik dan hebat.
Tapi kerana desakkan hidup dan dia kasihankan keluarganya di kampung, dia ambil keputusan untuk berhenti belajar.
Dia dah kemas beg, tiba-tiba lagu Permaidani keluar. Kebetulan, semasa dia dengar lirik itu seolah-olah memberi dia perangsang untuk terus belajar.
Dan dia pun tak jadi nak pulang ke kampung.
Dalam masa yang sama, lagu tersebut juga telah memberi inspirasi buat doktor tersebut untuk menjadi seorang insan yang berguna.
Lagu ini beri dia motivasi untuk hijrahkan dirinya.
Itu juga harapan saya.