Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, September 19, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Arwah Nidza Afham Sempat Hadir Ke Expo Perkahwinan Bersama Kekasih, Tersenarai...

    [VIDEO] Arwah Nidza Afham Sempat Hadir Ke Expo Perkahwinan Bersama Kekasih, Tersenarai Sebagai Bakal Pengantin

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Allahyarham Nidza Afham dan teman wanitanya yang dikenali sebagai Hazmiera sudah membuat perancangan untuk mendirikan rumah tangga.

    Artikel berkaitan: [VIDEO] Kekasih Nidza Afham Belum ‘Move On’, Harap Masa Akan Mengubati – ‘Saya Bahagia Kalau Awak Bahagia, Doakan Saya Dekat Sini Okay?’

    Artikel berkaitan: [VIDEO] Ibu Ucap Terima Kasih Kepada Kekasih Nidza Afham – ‘Ketika Itu, Bateri Telefon Hanya Tinggal 14%’

    Sempat pergi ke expo perkahwinan

    Menerusi hantaran di TikTok, sebuah pasukan pengurusan acara mendedahkan senarai nama arwah Afham dan Hazmiera yang menghadiri acara mereka pada 11 Ogos lalu.

    Allahyarham Nidza Afham sempat hadir bersama pasangannya, Hazmiera di Booking Kahwin Expo SCCC pada 11 Ogos 2024, jam 3.45 petang yang lalu.

    Di dalam senarai tersebut, turut tertera kategori mereka sebagai bakal pengantin.

    Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sedih apabila cinta mereka tidak dapat disatukan melalui sebuah perkahwinan.

    Arwah memang bersungguh nak halalkan Miera tapi takde jodoh didunia. Patut lah terasa sangat Miera tu.

    Bakal pengantin rupanya ahli syurga. Tenanglah kau di sana dik.

    Tak boleh bayangkan macam mana girlfriend dia rasa. Aku pun tak sanggup orang yang nak halalkan kita pergi dulu.

    Terdahulu, arwah Muhammad Nidza Afham, 23, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bandar Puncak Alam, pada jam 6.35 petang 15 Ogos (Khamis).

    Pada Rabu, polis mengesahkan mayat yang ditemui terapung di sekitar Jambatan Sungai Klang ialah Nidza Afham yang dilaporkan hilang selepas melakukan aktiviti riadah di Stadium Sultan Sulaiman pada Selasa lalu.

    Kes kematian arwah diklasifikasikan sebagai mati mengejut atau ‘sudden death report’ (SDR).

    Sementara itu, Polis Selangor iaitu Datuk Hussein Omar Khan, berkata, hasil bedah siasat menunjukkan tiada sebarang kecederaan fizikal pada tubuh badan mangsa.

    @bookingkahwin Innalillahi wa inna ilaihi raji’un. Allahyarham Nidza Afham sempat hadir bersama pasangannya, Hazmiera di Booking Kahwin Expo SCCC pada 11 Ogos 2024, jam 3:45PM yang lalu. Team AP Event mendoakan semoga arwah Nidza Afham ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Jom sama-sama sedekahkan Al-Fatihah buat arwah ?? #nidzaafham #bookingkahwinexpo ? Rindu Setengah Mati – Nidza Afham

    ALSO READ:  Dikejarkan Ke Hospital Kerana Strok, Napie Spider Selamat Jalani Pembedahan

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts