Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, January 7, 2025
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Arwah Siti Sarah Pernah Berhasrat Hantar Anak Ke Kelas Vokal Jika...

    [VIDEO] Arwah Siti Sarah Pernah Berhasrat Hantar Anak Ke Kelas Vokal Jika Mahu Jadi Penyanyi – ‘Saya Tak Halang & Akan Sokong Dia’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Tular semula sebuah video yang memaparkan penyanyi Allahyarhamah Siti Sarah Raisudin bersama suaminya yang juga pelawak terkenal, Shuib sedang berbincang tentang masa depan anak-anak.

    Hasrat Siti Sarah

    @siskepoh

    Seorang ayah x kan mampu katakan tidak utk hal2 berkaitan minat anak2.. ?? #talitashuib #anakshuib #talita #sitisarah #talitanyanyi #shuib #sitisarahraisuddin

    ? original sound – siskepoh – siskepoh

    Menerusi video tersebut, Shuib bertanya kepada Siti Sarah apa yang akan dilakukannya jika anak mereka mahu bergelar penyanyi.

    Menurut Siti Sarah, perkara pertama yang akan dilakukan adalah menghantar anaknya ke kelas vokal.

    Saya akan suruh dia pergi kelas vokal, saya akan suruh dia belajar vokal dulu.

    Saya tak halang apa sahaja yang dia nak buat, saya akan menyokong dia. Tapi ianya berbalik kepada keizinan awak juga.

    Bagaimanapun, Shuib berasa kurang senang jika anak-anaknya mahu menjadi selebriti.

    Tapi kalau awak tanya saya, Wallahualam.

    Saya tak mahu anak saya jadi artis, susah jadi perhatian orang.

    Komen netizen

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet berpendapat Shuib mungkin sudah berubah fikiran kerana mahu menunaikan hasrat arwah isterinya selain sebagai pengubat rindu apabila melihat anak perempuannya iaitu Dzahira Talita Zahra bernyanyi.

    Dalam masa yang sama, mereka juga mencadangkan kepada pelawak berusia 40 tahun tersebut menghantar Talita ke kelas vokal.

    Terdahulu, Talita telah menarik perhatian ramai semasa melakukan sebuah persembahan di Bukit Bintang, Kuala Lumpur dengan mendendangkan lagu arwah ibunya yang berjudul Kesetiaan.

    Untuk info, pada 9 Ogos 2021, Siti Sarah telah menghembuskan nafas terakhirnya selepas bertarung nyawa melawan virus Covid-19 di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia.

    ALSO READ:  [VIDEO] ‘Air Mata Kegembiraan’ – Ibu Menangis Zubir Khan Buat Kejutan Beri Gelang Emas 

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts