Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, October 3, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment As’ad Motawh Selit Wang Pada Kotak Susu Formula Bayi, Lain Pula...

    [VIDEO] As’ad Motawh Selit Wang Pada Kotak Susu Formula Bayi, Lain Pula Reaksi Netizen?-“Salah Susu Kau Letak Tu…”

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Penyanyi dan pelakon, As’ad Motawh mencetuskan pelbagai reaksi netizen apabila melakukan usaha murni untuk membantu golongan yang memerlukan.

    Menerusi video yang dimuatnaik oleh As’ad di TikTok, memaparkan dirinya sedang menyelitkan wang pada beberapa tin dan kotak susu tepung di sebuah pasar raya di Kepong, Kuala Lumpur baru-baru ini.

    @asadmotawhhh

    Location link in bio 😊 #fyp #edutok #success

    ♬ original sound – 𝙅𝙖𝙘𝙤𝙗🇵🇱

    Dalam pada itu, As’ad menerusi Telegram rasminya turut mendedahkan lokasi pasar raya dirinya menyelitkan wang selain meminta orang ramai turut menghebahkan usaha murninya itu.

    “Saya telah menyembunyikan wang sebanyak RM1,000 di Lotus Kepong, laluan 1 pada seksyen susu bayi untuk memberikan kejutan pada ibu-ibu di luar sana.

    Jika anda mengenali mana-mana para ibu yang memerlukan, kongsikan ini kepada mereka.”-tulis As’ad di Telegram

    “Patut Letak Dekat Susu Paling Murah…”

    Walaubagaimanapun, tindakan As’ad Motawh mencetuskan pelbagai reaksi netizen yang menegurnya dikatakan telah menyelitkan wang pada kotak susu tepung berjenama yang mahal dan tidak mungkin akan dibeli oleh golongan yang tidak berkemampuan.

    “Susu tu semua brand mahal-mahal.”

    “Hahaha salah pilih brand tu As’ad. Kau kena letak dekat brand yang murah. Baru kena dengan niat awak nak bantu orang susah.”

    “Letak lah dekat susu brand B40 bang, ni susu T20.”

    “Patut letak dekat susu paling murah, lagi okay. Hanya cadangan, sebab susu mahal ni untuk T20 selalu kebanyakannya. Susu pun harga mak aii sekarang.”

    “Wahhh hebat 😭, semoga allah balas kebaikan Asad ❤.”

    “Terbaik As’ad kongsi rezeki. Moga selamanya berjaya di dunia dan akhirat.”

    Apa komen anda?

    Related articles

    Follow Us

    20,237FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts