Pelakon Harris Annuar menyambut ulang tahun kelahiran isterinya, Asha Merican yang ke-27 tahun di tanah tinggi Cameron Highland, Pahang pada Selasa.
Artikel berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Buat Silap Besar’ – Harris Annuar Menangis Bukan Minta Simpati, Nak Habiskan Stok Kuih Bangkit
Artikel berkaitan: Asha Merican Dedah Sempat Rasa Sabun Gel Sebelum Bersalin – ‘Tak Tahu Macam Mana Nak Cakap Rasa Puas Tu’
Asha tak tahan sebak
Menerusi perkongsian di TikTok, Asha menerima kejutan kek hari jadi dan nyanyian lagu ‘happy birthday’ semasa mereka sedang menikmati steamboat.
Tidak dapat menahan sebak, Asha kemudiannya terus menangis.
Harris bagaimanapun cuba untuk memujuk dan menghiburkan isterinya itu.
Kenapa? Nak nangis sebab apa? Janganlah menangis. Happy 27th birthday.
Dalam pada itu, Asha memberitahu punca dia sebak adalah disebabkan dia teringat kepada bapanya.
Ayah saya yang suka buat macam ni dekat saya tau.
Untuk rekod, Harris dan Asha mendirikan rumah tangga pada 11 Jun 2022 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Aura Medina yang kini berusia setahun.
@harrisannuar Asal aku pulak rasa bersalah ni ? salah aku ke geng?Apa apa pun chop stick tetap menggaul makanan eh @AshaMerican #Malaysian #Viral #funny #friends #viral #video #creator #trend ? original sound – Harris Annuar