Pelakon Ashraf Muslim berkongsi pengalaman dirinya membuang saka yang ada dalam diri pelakon, Janna Nick dengan menggunakan kaedah perubatan Islam ketika mereka menjalani sesi penggambaran beberapa tahun yang lalu.
Nampak ada tak kena pada Janna
@sembangseram POWER BETUL ABANG ASHRAF MUSLIM NI ! Sangat2 terinspired yee, mcamtu je dia berubat wahh?? #SembangSeram #Ashrafmuslim #Sembangseramashrafmuslim #Ceritahantu #Seram #KisahHantu ? original sound – sembangseram
Menerusi sesi podcast bersama pempengaruh Safwan Nazri, pemilik nama Muhd Ashraf Muslim memaklumkan bahawa dia merasakan ada sesuatu yang tidak kena pada Janna sehinggakan berasa tidak selesa untuk ‘shooting’ bersama pelakon itu.
Saya ada rasa tak selesa waktu ‘shooting’ tapi bukanlah rasa tak selesa dengan Janna tapi dengan ‘benda’ itu.
Bila saya rasa tak selesa dan rasa sesuatu pada Janna, saya ubatkan dia.
Adalah jin-jin di dalam badannya yang berjaya saya keluarkan dan Alhamdulillah tak adalah dia sampai kena rasuk ke apa.
Ashraf juga mengakui bahawa apa yang diceritakan Janna sebelum ini adalah betul di mana dia perlu melawan untuk mengeluarkan entiti jahat itu daripada badan pelakon itu.
Dan memang betul macam Janna cakap, saya bersilat untuk mengeluarkan jin itu dari badan dia.
Sebenarnya dalam badan dia (Janna) adalah jin sebesar zarah saja, tapi bila keluar dia sangat besar. Saya tak nampak tapi dapat rasakan ‘resistance’ dia itu macam mana.
‘Resistance’ ini contohnya macam kita tengah memandu dalam keadaan laju dan kita keluarkan tangan. Hah itulah perasaannya.
Kena selalu berzikir
Dalam pada itu, Ashraf juga meninggalkan pesan kepada semua pihak untuk sentiasa mengamalkan zikir bagi mengelakkan diri dikawal makhluk halus.
Saya juga pesan pada dia untuk zikir sebab saya tahu dia tak zikir. Kenapa berzikir? Sebab kekuatan zikir dalam hati ini berupaya membantu kita dalam apa juga keadaan.
Kalau anda di luar sana ada masalah stres, kegelisahan dan sebagainya, duduk tegak dan berzikir ‘Lailahaillallah’.
Bila dalam hati itu kita berzikir dan beriman kepada Allah, insya-Allah benda-benda halus seperti itu susah untuk kawal kita.
Terdahulu, Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner mendedahkan pernah dibantu Ashraf untuk membuang saka dalam diri yang diwarisi tanpa disedari beberapa tahun lalu.
Janna yang pada awalnya kurang percaya dengan perkara ghaib kemudiannya akur untuk menjalani rawatan perubatan Islam itu bagi mengelakkan ‘benda’ tersebut bersarang dalam diri.