Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Asyraf Khalid Kongsi Momen Pertama Kali Jatuh Cinta Dengan Tya Arifin...

    [VIDEO] Asyraf Khalid Kongsi Momen Pertama Kali Jatuh Cinta Dengan Tya Arifin – ‘Masuk Waktu Zohor Dia Cakap Nak Solat Sekejap’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    tya asyraf tya asyraf

    Pasangan usahawan terkenal, Asyraf Khalid dan Tya Arifin berkongsi momen-momen ketika mereka mula menjalinkan hubungan cinta.

    Jaga solat

    @tyaarifinnw

    Bila first time Asyraf jatuh hati dengan Tya? Setiap orang mesti ada special moment dia sendiri bila dengan pasangan, terkadang bisa jadi benda yang biasa and normal bagi kita pun boleh buat orang yang tepat untuk kita tu jatuh hati. Kalau korang pula, bila masa moment yang buat korang terjatuh cinta? with@tunasyrafkhalid #fyp??viral ApaCeritaPodcast tyaarifin

    ? Sempurna – Andra & The Backbone

    Menerusi podcast Apa Cerita?, pemilik nama Muhammad Asyraf Khalid, 32, mendedahkan bahawa dia tertarik dengan Tya kerana keperibadiannya yang sentiasa menjaga solat meskipun berada di luar.

    Masa kita jumpa, saya terfikir dia ni (Tya) sesuai la untuk saya, sebab yang pertama, sudah pastilah sebagai lelaki kita tengok dia cantik.

    Kemudian kami pergi ke satu tempat yang sama dan apa yang menggerakan hati saya adalah semasa masuk waktu zohor dia berhenti dan dia cakap, ‘jom kita solat sekejap’. Jadi saya rasa ini lain.

    Dia tak paksa saya solat, tapi dia solat depan saya.

    Dalam masa yang sama, Tya atau nama lengkapnya Nurtria Wulandari Arifin, 30, berkata dia memilih Asyraf sebagai teman hidup adalah kerana personaliti Asyraf yang bertanggungjawab walaupun datang daripada keluarga elit dan dikenali ramai.

    Mak saya selalu pesan, kalau nak berkahwin jangan tengok siapa dia, harta dia, jangan tengok siapa di sekeliling dia tapi tengok orang itu.

    Maksudnya, dia orang yang bertanggungjawab atau tidak. Jadi saya ketika itu saya memilih Asyraf adalah kerana saya tengok Asyraf punya personaliti sendiri.

    Dia ada beritahu bapa dia Datuk K, tapi dia tak ada duit. Sebenarnya Asyraf seorang yang gigih juga, kalau dia nak sesuatu dia akan buat bersungguh-sungguh.

    Aktres berasal dari Indonesia itu juga bersyukur serta mengagumi keluarga mentuanya yang hidup dalam suasana penuh kebahagiaan dan kasih sayang.

    Saya bersyukur dapat keluarga mentua yang sangat baik. Keluarga Asyraf adalah moden family tapi mereka sangat synchronize jadi ianya harmoni.

    Untuk info, Tya dan Asyraf berkahwin pada 1 November 2015 dan mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Arif Jiwa dan Azzahra Jiwa.

    ALSO READ:  ‘Saya Percaya Syamsul Buat Keputusan Atas Kerelaan Hatinya & Tiada Paksaan Daripada Sesiapa’

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts