Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Atikah Suhaime Beri ‘Hint’ Sedang Hamil?-“Lately Mual-Mual Makin Teruk..”

    [VIDEO] Atikah Suhaime Beri ‘Hint’ Sedang Hamil?-“Lately Mual-Mual Makin Teruk..”

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Perkongsian terkini pelakon dan usahawan, Atikah Suhaime mencuri perhatian netizen apabila berkongsi keadaan terkininya yang mengalami alahan mual yang makin teruk kebelakangan ini.

    Atikah menerusi video yang dimuatnaik di TikTok, turut memohon maaf buat peminat yang ternanti-nantikan video mukbang disebabkan dirinya yang tidak dapat makan makanan yang mempunyai bawang dan bawang putih.

    “Lately mual-mual makin teruk. Sorry kalau you all tertunggu-tunggu Mukbang. Saya memang tak boleh makan bawang dan garlic buat masa sekarang. Terimalah resepi sandwich yang bosan ni.”-kongsi Atikah

    @atikahsuhaimeeee

    Lama tak post mukbang. Terimalah focaccia bread mushroom portobello sandwich ni. Thank you temankan late lunch. #fyp #tiktokmalaysia #foodvlog #mukbang #sandwich #focaccia

    ♬ Di Balik Langit Yang Sama – Jemari Lembut

    “Nampak Macam Ada Perubahan Kat Perut…”

    Perkongsian video Atikah dibanjiri dengan komen netizen yang rata-ratanya berpendapat pelakon jelita ini sedang berbadan dua disebabkan alahan yang dialami.

    “Biasa kalau first trimester, memang mual. Ada yang sampai third pun masih alahan.”

    “Biasanya kalau tak boleh makan bawang ni pregnant.”

    “Rasanya kak Tika pregnant ni. Kalau betul syukur Alhamdulillah. Rezeki.”

    “Nampak macam ada perubahan kat perut Tika.”

    “Kalau betul pregnant, mesti comel baby. Macam Cina 😍.”

    “Rindu dengan video makan-makan Tika. Semoga ada berita gembira untuk Tika dan suami.”

    Sekadar info, Atikah Suhaime mendirikan rumah tangga dengan Ketua Pegawai Eksekutif Zaitun, Datuk Lokman Teh pada Januari 2024. Pasangan ini dinikahkan sendiri oleh bapa Atikah iaitu Suhaime Jamali dan disaksikan oleh Penolong Pendaftar Perkahwinan Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

    Sama-sama kita nantikan berita gembira oleh Atikah..Apa komen anda?

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts