2025 baru sahaja membuka tirainya, 2024 telah pun melabuhkan tirainya dengan pelbagai suka dan duka, gelak dan tawa yang pastinya memberikan seribu kenangan dan pengajaran buat kita semua.
Pelakon, Atikah Suhaime menerusi video di TikTok dilihat berkongsi kenangan sepanjang 2024 termasuklah momen mendirikan rumah tangga bersama ahli perniagaan, Datuk Lokman Teh serta hamil cahaya mata pertama.
“Alhamdulillah, tahun ini dilimpahi dengan penuh kasih sayang. Tak sangka tahun ni, tak ada sekali pun terasa susah, yang ada hanya kebahagiaan.
Terima kasih untuk semua followers yang tak henti-henti doakan Tika sekeluarga. Alhamdulillah.”-kapsyen Atikah Suhaime di TikTok
@atikahsuhaimeeee Alhamdullilah. This year was overloaded with so much love. Tak sangka tahun ni, takda sekali pun terasa susah, yg ada hanya kebahagiaan. Terima kasih untuk semua followers yg tak henti2 doakan tika sekeluarga. Alhamdullilah. #fyp #2024 #2024tiktok #welcome2025
♬ kembali pulang suara kayu piano – Lyn 🤍
Persoal Amalan Untuk Memiliki Keluarga Bahagia?
Di sebalik ramai yang teruja dengan perkongsian Atikah, komen salah seorang netizen ini mencuri perhatian netizen lain apabila bertanyakan amalan Atikah sehingga mendapat keluarga yang sangat bahagia seperti pelakon jelita ini.
“Saya perempuan yang sakit kidney last stage. Sangat impikan keluarga macam ni. Apa amalan you, Tika?-komen seorang netizen
“Bila Pandai Bersyukur Rasa Lebih Bahagia..”
Atikah kemudian dilihat membalas komen netizen berkenaan dengan menjelaskan bahawa kehidupannya itu sebenarnya biasa sahaja, selain belajar rasa bersyukur untuk rasa lebih bahagia.
“Semoga semua dipermudahkan untuk you. Sebenarnya life Tika biasa je. Cuma Tika dah belajar untuk rasa bersyukur. Bila pandai bersyukur rasa lebih bahagia.”-balas Atikah
Sama-samalah kita bersyukur apa yang kita miliki…Apa komen anda?