Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Atikah Suhaime Kongsi Kisah Sedih Disebalik Resepi Nasi Goreng Ibu

    [VIDEO] Atikah Suhaime Kongsi Kisah Sedih Disebalik Resepi Nasi Goreng Ibu

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Di TikTok, pelakon Datin Atikah Suhaime sekali lagi mencuri perhatian netizen apabila dia memuat naik video masak nasi goreng Resepi ibunya.

    Pernah hidup susah

    Menerusi video berdurasi 5:15 saat, Atikah dilihat sedang menyediakan nasi goreng untuk keluarga mentuannya. Menurut Atikah, ada kisah disebalik nasi goreng yang disediakan olehnya itu.

    Ujar pelakon filem ‘Kelibat’ ini, resepi nasi goreng itu selalu dimasak oleh ibunya sewaktu mereka pernah hidup susah. Tambah Atikah, dia tidak menyangka menu tersebut menjadi kesukaan suami dan bapa mentuanya.

    Nasi goreng ini ada kisah silamnya. Dulu keluarga saya masa susah hari-hari mama akan buat nasi goreng tapi tak pakai daginglah, setakat ikan bilis sahaja.

    Kadang-kadang saya teringin makan masakkan mama, jadi buatlah nasi goreng ala mama masak. Papa mentua saya terbau nasi goreng itu dia minta.

    Saya cakap dekat dia ini masakan orang miskin sahaja, biasa-biasa, pandai makan ke? Sejak hari itu Resepi nasi goreng ini sangat popular di rumah mentua.

    Berbicara lebih lanjut, isteri kepada Datuk Lokman Teh ini berkata, di sebalik kisah nasi goreng ini juga membuatkan bapanya tidak mahu lagi menikmati makanan tersebut kerana akan teringat kehidupan susah yang pernah mereka lalui.

    Kali ini bukan saya mengidam tetapi suami yang nak makan nasi goreng. Dia cakap siap mimpi lagi nak makan nasi goreng masakan saya. Ironinya keluarga saya di Singapura tak boleh telan langsung nasi goreng ini sebab trauma waktu susah dulu. Jadi itulah kisah nasi goreng Resepi mama saya ini. Alhamdulillah, saya bersyukur dengan rezeki yang Allah beri sekarang ini.

    Di akhir video, Atikah menitipkan nasihat dan pesanan kepada orang ramai supaya sentiasa bersedekah. Jelasnya lagi, dia akan memberikan wang belanja kepada ahli keluarga dan berdoa agar sentiasa dimurahkan rezeki.

    Untuk pastikan rezeki tak putus, jangan lupa sedekah walaupun RM2 sekali pun kepada yang memerlukan. Jangan pernah kedekut pada mak ayah sendiri. Walaupun keluarga mentua kaya, saya masih beri sedikit duit, belanja makan atau apa sahaja.

    Video

    @atikahsuhaimeeee

    Mukbang nasi goreng. Kali ni, husband yg craving bukan i ? #fyp #nasigoreng #nasigorengresipi #mukbang #foodtiktok #malaysiatiktok

    ? Nasi Goreng – Zetty Zailani

    ALSO READ:  Abang Nidza Ahfam Dedah Arwah Ada Tanya Fasal Persediaan Jadi Suami – ‘Dalam Laptop Dia Ada Folder Makna Solat’

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts