Pelakon, Atikah Suhaime berkongsi momen istimewa sempena sambutan Hari Raya Cina yang disambut bersama keluarga mentuanya yang merupakan Cina Muslim.
Kongsi Atikah menerusi video yang dimuatnaik di TikTok, mentuanya itu adalah Cina Muslim sejak lahir
“Ni tahun kedua Tika sambut CNY dengan keluarga mentua. Yang tak tahu lagi, mentua Tika adalah Chinese Muslim dari lahir. Yang masuk Islam cuma mummy mentua je. Siapa-siapa yang bukan Islam nak masuk dalam keluarga ni kena masuk Islam lah. Kirakan, Tika first Melayu yang masuk keluarga ni.
Nasib tahun ni Tika tak keseorang, ada adik ipar Tika, Nizam CEO Zaitun, wife dia pun Melayu. Jadi, Tika tak akward sorang-sorang Melayu kat situ.”-kongsi Atikah di TikTok
@atikahsuhaimeeee Mukbang! Chinese New Year Reunion Dinner! #fyp #tiktokmalaysia #foodtiktok #yeesangtossing #yeesang #snakeyear2025
♬ Chinese New Year – Lux-Inspira
Netizen Teruja!
Perkongsian Atikah dibanjiri dengan rasa teruja netizen melihat hubungan kekeluargaan yang erat melibatkan pelakon ini bersama keluarga mentuanya itu, malah ramai yang menitipkan doa agar urusan bersalinnya tidak lama lagi dipermudahkan.
“Yang besti Tika ni, semua benda dia makan.”
“Lucu la Amir panggil Tika mak 🤣.”
“Seronok tengok Tika dapat makan semua . Saya time pregnant tak boleh nak makan banyak. Makanan yang biasa dimakan pun tak boleh makan. Mual je.”
“Happy Chinese New Year to Tika and family.”
“Masa mengandung ni, makan la apa nak makan. Nikmatkan je la. Dah pantang esok dah tak dapat makan 😂.”
“Semoga Tika selalu happy okay. Biar la kalau ada yang tak suka. Sebab sebaik apapun kita, di mata manusia pasti ada je yang tak kena. Janji Allah SWT dan keluarga selalu sayang Tika dan semoga Allah permudahkan Tika bersalin nanti 🥰”
Apa komen anda?