Pelakon Datin Atikah Suhaime dan suami memberitahu mereka bakal menimang cahaya mata perempuan tidak lama lagi.
Anak perempuan
Menerusi sebuah posting di Instagram, Atikah dan suami, Datuk Lokman Teh dilihat keluar makan malam bersama sempena ulang tahun perkahwinan mereka. Pada masa yang sama, pasangan suami isteri ini mendedahkan jantina anak pertama mereka.
Video pendek yang dimuat naik itu turut memaparkan pasangan ini sedang sibuk membincangkan mengenai perancangan masa depan anak perempuan mereka yang bakal lahir.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen tidak sabar untuk melihat cahaya mata pasangan tersebut. Ujar netizen, mereka berharap segala urusan Atikah untuk bersalin nanti dipermudahkan.
Video
View this post on Instagram