Di Instagram, penyampai radio Fizi Ali mencuri tumpuan netizen apabila memuat naik momen ‘sweet’ bersama isteri tercinta sempena ulang tahun perkahwinan mereka.
Renew balik janji kita
Sempena ulang tahun perkahwinan yang pertama, Fizi dilihat menitipkan ucapan istimewa buat isterinya, Siti Zulaikha.
Pejam celik pejam celik, sampai dah masa untuk kita renew balik janji kita. setahun sekali kena ada momen kita berjanji kembali untuk kuatkan balik rasa sayang dan cinta itu. alhamdulillah setahun usia perkahwinan kita dan saya sentiasa doakan jodoh kita sampai akhir usia.
Ingat lagi awal-awal dulu awak janji awak akan dapatkan balik senyuman lama saya dan betul senyuman tu dah kembali.
Menurut Fizi, dia mahu berterima kasih kepada isterinya kerana sudah berjaya mengembalikan senyuman di wajahnya. Tambah Fizi, dia berharap rumah tangganya akan terus diberkati Allah.
Terima kasih sayang. Semoga hubungan kita diberkati allah. Happy Anniversary sayang.Saya sayang awak.
Video
View this post on Instagram