Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, October 14, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment ‘Awak Tak Ada Maruah Ke?’ – Jofliam Tegur Cik Epal Suruh...

    [VIDEO] ‘Awak Tak Ada Maruah Ke?’ – Jofliam Tegur Cik Epal Suruh Hormat Tempoh Iddah, Sepatutnya Taat & Muhasabah Diri

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Di Instagram Story, pempengaruh dan usahawan, Jofliam dilihat memberi teguran kepada bekas isterinya iaitu Cik Epal agar menjaga maruah diri tatkala berada dalam tempoh iddah.

    Jaga maruah dan taat

    Jofliam yang sedang bercuti bersama anak-anaknya dilihat memberi teguran tersebut kepada Cik Epal secara terbuka dengan harapan bekas isterinya itu akan bermuhasabah diri.

    Wahh mak dia pun sama naik. Patut telefon Han bertubi-tubi. Kepada Cik Epal, awak dalam keadaan iddah, awak kena patuh kepada suami awak. Awak keluar tak bagitahu pergi mana.

    Awak buat tak tahu anak-anak. Dekat Instagram awak bagitahu dekat orang yang awak rindu dekat anak-anak. Awak dekat mana?

    Sejak bercerai awak tinggal anak dan tak bagitahu pergi mana? Iddah saat kita jaga maruah kita sebagai seorang perempuan untuk kita muhasabah. Sekarang tengah iddah tengah kenen dengan orang lain.

    Tambah Jofliam, Cik Epal dipercayai menghilangkan diri selepas mereka bercerai dan tidak bertanya mengenai hal anak-anak.

    Berbicara lebih lanjut, Jofliam turut mengingatkan Cik Epal bahawa lelaki yang dikenenkan dengannya itu turut mempunyai bekas isteri dalam tempoh iddah.

    Yang awak kenenkan tu, dia ada isteri dalam keadaan iddah. Awak patut hormat isteri dia. Sekarang ni apa beza awak dengan kes viral sebelum ini. Awak cakap Dewi tak jaga hati awak dalam tempoh iddah.

    Di akhir perkongsian, Jofliam turut menafikan dakwaan dirinya berasa cemburu.

    Kepada semua perempuan di luar sana, awak boleh sokong perempuan tapi dalam masa yang sama tolong letak maruah korang di tempat yang paling tinggi. Korang dah tahu orang tu buat salah, fikir guna otak. Nak kenen lepas habis iddah. Sekarang dua-dua dalam keadaan iddah.

    Saya tak rasa cemburu cuma rasa malu. Sebagai bekas suami, saya ada bekas isteri yang beriya-iya nak bekas suami orang yang isterinya masih dalam keadaan iddah juga. Saya malu. Dengan bangga update dekat posting.

    Video


    ALSO READ:  Tawaran Berlakon Kurang ‘Lebat’ Kerana Tak Hensem, Kodi Rasheed Kekal Permisif – ‘Rezeki Aku Allah Dah Susun’

    Terdahulu, Cik Epal mengesahkan sudah bercerai dengan suami selepas 10 tahun mereka melayari bahtera perkahwinan.

    Imbas kembali, Cik Epal dan Jofliam mendirikan rumah tangga pada 1 Jun 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Han dan Yuki.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,223FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts