Penyanyi rock terkenal, Datuk Awie baru-baru ini telah merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum dan Hal Ehwal Murid Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Ampang 2024.
Rasmi majlis anugerah
@seriampangofficial BAGAI SIRIH PULANG KE GAGANG Majlis Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum dan Hal Ehwal Murid SMK Seri Ampang 2024 kali ini dirasmikan oleh Dato’ Ahmad Azhar bin Othman atau lebih dikenali sebagai Dato’ Awie, penyanyi rock lagenda tanah air yang juga merupakan alumni Ampang Road Boys School! Terima kasih Dato’ Awie belanja kami satu lagu ? #awie #arbs #alumniarbs #terimakasih #arbsexcellent #seriampang #datoawie
? original sound – SMK Seri Ampang Official – SMK Seri Ampang Official
Menerusi video yang dimuat naik oleh pihak sekolah, Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman sedang menyampaikan sebuah lagu popularnya yang berjudul Terima Kasih ketika majlis tersebut berlangsung.
Difahamkan jemputan Awie pada majlis berkenaan adalah kerana dia merupakan bekas pelajar di sekolah itu.
Bagai sirih pulang ke gagang. Majlis kali ini dirasmikan oleh Datuk Awie, penyanyi rock lagenda tanah air yang juga merupakan alumni Ampang Road Boys School.
Terima kasih Datuk Awie belanja kami satu lagu.
Komen netizen
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji vokal penyanyi berusia 55 tahun itu walaupun hanya menggunakan mikrofon dan pembesar suara pihak sekolah.
Pertama kali dengar sound speaker sekolah tak pecah.
Pakai mic dan speaker sekolah sahaja tapi suara lagi sedap.
PA system biasa-biasa saja, tapi penyanyi itu yang luar biasa.
Tak perlu mikrofon harga berpuluh ribu, tapi suara yang paling mahal.
Ingat dia miming tadi, makin padu Awie!