Pelakon Remy Ishak meluahkan rasa syukur apabila anaknya, Tuah Alam kini sudah menginjak usia setahun tiga bulan.
‘Ayah janji’
Remy atau nama sebenarnya Mohamaad Zalimei Ishak, 42, berkata, dia berjanji akan mendidik dan membesarkan anaknya sehabis baik hingga nafasnya yang terakhir.
Tuah sudah setahun tiga bulan, ayah janji akan jaga Tuah sampai akhir hujung waktu ayah. Ayah janji!
Remy berkongsi mengenai perkara itu menerusi sebuah hantaran di TikTok beserta sepotong video memaparkan momen manis dia bersama Tuah dan isteri tercinta, Ezza Yusof.
Sementara itu, rata-rata netizen yang singgah ke ruangan komen turut mendoakan buat keluarga kecil Remy sentiasa hidup diberkati Ilahi dan bahagia selalu.
Untuk rekod, Remy mendirikan rumah tangga dengan Ezza pada 21 Ogos 2021 selepas lapan tahun mereka berkenalan.
Ezza selamat melahirkan cahaya mata sulung yang diberi nama Tuah Alam pada 27 Julai tahun lalu.
Video
@remyishaktiktok Tuah baru 1 tahun 3 bulan, Ayah janji akan jaga Tuah sampai akhir hujung waktu ayah . Ayah janji! ?? #fatherandson #tuahalam #remyishak ? takkan hilang budi doremi – Bomaxxx