Peserta Famili Duo Musim ke-4 (FD4), Ayie Floor 88 berkongsi detik pahit yang dihadapinya sepanjang bergelar seorang anak seni dalam industri muzik.
Pantang disentuh hal keluarga
Menerusi satu sesi temu bual di rancangan Bocey Comeback, vokalis Floor 88 itu menyatakan dia mempunyai sepasang adik beradik kembar dan salah seorang daripadanya memiliki ‘down syndrome’.
Ketika diajukan soalan tentang kenangan pahit, pelantun lagu Hutang itu dilihat tidak dapat menahan sebak mengenang kata-kata yang dilontarkan mengenai adiknya yang ‘istimewa’.
Saya pantang bila orang sentuh pasal keluarga.
Adik saya kembar, sorang normal sorang down syndrome. Bila dia lahir dulu, doktor cakap adik saya yang down syndrome ini tak hidup lama.
Ayah saya mengamuk ketika itu dan menafikan kenyataan doktor.
Saya sedih bila ada segilintir masyarakat yang tidak menerima kehadiran orang istimewa sebegini.
Tambah Ayie atau nama lengkapnya Nik Fadlee Elhamshah, dia bakal menggalas tanggungjawab menjaga adiknya jika suatu hari nanti ibu bapanya tiada lagi di dunia ini.