Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, November 25, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Azfar Heri Nafi Tumpang Populariti Rakan Artis, Dah Ada Nama Sendiri...

    [VIDEO] Azfar Heri Nafi Tumpang Populariti Rakan Artis, Dah Ada Nama Sendiri – ‘Saya Suka Berkawan’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Personaliti media sosial, Azfar Heri menafikan dakwaan bahawa dirinya menumpang populariti rakan-rakan artis.

    Disenangi ramai orang

     

    View this post on Instagram

    A post shared by tv3malaysia (@tv3malaysia)

    Ketika ditemui Azfar menjelaskan bahawa sikapnya yang mudah didekati menjadi sebab mengapa dia disenangi ramai termasuk rakan-rakan selebriti.

    Saya ni sejenis yang easy going, suka berkawan, dan saya ni memang extrovert. Macam yang saya kenal memang saya akan bergurau, berborak dan saya tak ada pun nak ‘mencapap’ atau menumpang populariti mereka.

    Azfar juga menegaskan bahawa dia sama sekali tidak pernah berniat buruk semasa menjalinkan hubungan persahabatan dengan mereka.

    Saya rasa saya pun dah ada nama sendiri, jadi kami berkawan sahaja dan tak ada niat lain. Kalau ada niat lain pun orang lain sendiri boleh nampak.

    Kalau orang tu tahu yang saya ni nak menumpang populariti, sudah tentu mereka mesti akan lari.

    Dalam pada itu, Azfar turut meluahkan rasa teruja apabila tercalon di dalam kategori Beauty & Fashion Creator Of The Year untuk TikTok Awards 2024.

    Gembira dan tak sangka sebab tahun lepas datang sebagai penyokong tapi kali ini sebagai peserta.

    Bercerita tentang fesyen, pempengaruh berusia 26 tahun itu berkata dia banyak mengambil inspirasi daripada media sosial.

    Sebenarnya, banyak tengok sekeliling lah seperti di media sosial. Kadang-Kadang kita tengok cantik kemudian kita reka sendiri gaya itu dan letakkan kita punya sentuhan sendiri.

    Macam saya memang selalu ‘mix and match’ dan inspirasi tu memang datang daripada media sosial juga.

    TikTok Awards tahun ini mengangkat tema ‘Realisasikan Impianmu (Celebrating New Dreams)’. Anda boleh mengundi Di SINI bermula 25 Julai sehingga 9 Ogos 2024.

    ALSO READ:  Dendam Sebab Pernah Kena Denda, Pelajar 13 Tahun Tikam Ustazah Sampai Mati

    Saksikan siaran langsung TikTok Awards, eksklusif hanya di TV3 dan akaun rasmi TikTok Malaysia pada jam 9.00 malam, Ahad, 11 Ogos 2024 atau anda boleh menonton acara ini secara langsung melalui Tonton.

    TikTok Awards Malaysia 2024 dianjurkan dengan kerjasama TV3, dikuasakan oleh Siri HONOR 200 5G (Penaja utama), didominasikan oleh The Raw Skincare. (Penaja bersama), diraikan oleh TikTok Shop (Rakan penaja), dihubungkan oleh U Mobile 5G (Rakan penaja) dan disinarkan oleh TRESemmé (Rakan penaja).

    Tiket untuk TikTok Awards Malaysia 2024 boleh dibeli DI SINI.

    The following two tabs change content below.



    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts