Pelakon Azzahra Ahmad meluahkan rasa kecewa berikutan tindakan bekas suami, Jay Iswazir terhadap dirinya.
Laporan polis
@melodiberapi Inilah luahan bekas isteri pelakon Jay Iswazir, dengarkan. #meloditv3
? original sound – Melodi tv3 – Melodi tv3
Menerusi temu bual bersama Melodi, Azzahra memberitahu bahawa sebelum ini dia sudah menghubungi pihak polis untuk membuat laporan terhadap Jay.
Paling teruk dia buat saya sehingga saya sudah menelefon pihak polis.
Ketika itu polis kata pada saya, ‘kalau puan betul-betul nak kami tangkap dia, datang dekat balai dan kami akan tangkap dia.’
Bagaimanapun, Azzahra akhirnya mengambil keputusan untuk tidak berbuat demikian berikutan masih memikirkan tentang kesannya terhadap bekas suami.
Tapi pada ketika itu saya fikir..dia tengah shooting dan kalau polis tangkap dia, ia akan menjejaskan pihak produksi dan penggambaran. Akan jejaskan banyak pihak dan akan tutup periuk nasi dia juga.
Walaupun saya tengah sakit, tapi saya tetap ada rasa simpati dan belas ihsan kepadanya. Saya tak teruskan untuk membuat laporan.
Saya hanya pergi ke hospital ketika itu dan pihak hospital merujuk saya di bawah kes keganasan rumah tangga.
Luahan hati
Dalam masa yang sama, bekas isteri kepada pelakon berusia 42 tahun itu sebak ketika meluahkan perasaan terkilan kerana layanan Jay terhadapnya.
Saya sudah tiada siapa-siapa, tiada mak ayah. Saya anak sulung, tak ada abang dan kakak.
Kenapa dia tergamak buat saya macam ini? Sebab saya tiada sesiapakah? Saya tak ada orang yang boleh pertahankan saya.
Saya cakap padanya, saya tak boleh hidup dengan orang macam awak dan saya rasa kita takkan lama. Kalau perangai awak macam ini, saya memang tak boleh tahan. Saya rasa, saya bukan diri saya sendiri apabila dengan awak.
Terdahulu, Azzahra menerusi Instagram miliknya memaklumkan sudah bercerai dengan Jay selepas dua tahun mendirikan rumah tangga.
Untuk info, Jay dan Azzahra berkahwin pada tahun 20 Mac 2022 selepas mengikat tali pertunangan 10 hari sebelum bernikah.