Baru mendirikan rumah tangga, nama pelakon Afifah Nasir menjadi bualan hangat selain menerima kecaman hebat netizen di media sosial.
Busana digayakan Afifah dikecam?
@afifah.nasir7 Alhamdulillah ?? #afifahnasir #weddingday #artismalaysia #fyp? #fyp??viral ? Beautiful in White â Shania Yan
Perkara itu terjadi susulan busana yang digayakan Afifah atau nama lengkapnya, Nur Afifah binti Md Nasir pada hari pernikahan didakwa mencolok mata. Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, memaparkan momen di hari bahagia aktres berusia 31 tahun itu bersama pasangannya, Syed Hariz.
Walau bagaimanapun, netizen berpendapat bahawa busana berona putih yang digayakan Afifah pada hari pernikahannya itu kurang sesuai kerana dianggap mencolok mata lebih-lebih lagi apabila melihat di bahagian dada pakaian tersebut agak terdedah.
Malah tidak kurang juga ada yang menganggap adik pelakon Anzalna Nasir itu seolah-olah tidak menghormati agama.
Kalau pakai inner lagi cantik.
Kalau orang islam nak nikah, pakai lah baju yang menutup aurat.
Lagi cantik kalau dia menutup aurat.
Baju tak kena majlis, sebab kita nikah ni tema islamik.
Akad nikah tak sesuai pakai macam ni.
Sekadar info, Afifah selamat mendirikan rumah tangga bersama Syed Hariz pada 5 Mei di The St. Regis Hotel, Kuala Lumpur. Pasangan itu mengikat tali pertunangan pada Februari lalu.