Isteri kepada Allahyarham penyanyi Suhaimi Saad iaitu Ina Naim mendedahkan arwah suaminya jarang membazir dan memilih untuk hidup secara bersederhana.
Suhaimi bersifat zuhud
@syakirahalim_ Replying to @imanhtify3j Part 9 indahnya besederhana? #pageforyou #foryoupage #suhaimisaad #fy
? Kias Cinta – Suhaimi
Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Ina atau nama lengkapnya Nor Diana Naim sebak ketika bercerita tentang arwah Suhaimi yang tidak pernah berhabis wang untuk pakaian.
Dalam masa yang sama, arwah juga akan mendermakan pakaiannya jika dia membeli baju yang baharu.
Baju dia tujuh helai sahaja. Setiap kali dia dapat royalti dia akan beli baju.
Dia akan beli tujuh helai kemudian baju yang lama dimasukkan ke dalam beg dan akan diberi kepada jiran jika baju tersebut masih boleh dipakai.
Kalau tak boleh pakai dia akan buat kain buruk.
Kasutnya pun ada satu sahaja.
Bercerita lanjut, anggota kumpulan In-Team itu juga dikatakan sering bersedekah di surau.
Kalau banyak minyak wangi yang orang bagi, dia akan kumpulkan dan letak di surau.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet tersentuh dengan pendedahan yang dikongsikan Ina dan menyifatkan arwah Suhaimi sebagai seorang yang zuhud.
Dalam masa yang sama, warganet juga turut mengambil pengajaran untuk tidak membazir demi fesyen dan penampilan diri.
Sebab dia tahu hukum, baju-baju kita kalau tak pakai akan dihisab dekat sana.
Dari kisah Suhaimi ini saya pelan-pelan kosongkan baju yang jarang dipakai, baju yang beli tak pernah pakai pun ada. Kumpul dan sedekah dekat orang.
Kematian yang menghidupkan jiwa bagi orang yang berfikir.
Terdahulu, kesihatan Suhaimi dilaporkan merudum sejak awal Oktober tahun lalu selepas mengalami cirit-birit sehingga susut berat badan sebanyak 20 kilogram (kg).
Selepas enam hari ditidurkan dan mendapatkan rawatan, Suhaimi disahkan meninggal dunia pada 15 November di Unit Rawatan Rapi (ICU), HSI akibat jangkitan kuman di paru-paru.
Sekadar info, Suhaimi berkahwin dengan Ina pada 12 Ogos 2007 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ehmad Hadie Elfardie, Sallman Elkhoyri, Phyrosh Elfadwah dan Nur Layla Elghufrony.