Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Bakat Terpendam Mierul Aiman Yang Ramai Tidak Tahu-“Baru Tahu Dia Pandai…”

    [VIDEO] Bakat Terpendam Mierul Aiman Yang Ramai Tidak Tahu-“Baru Tahu Dia Pandai…”

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Siapa yang tidak kenal dengan Mohamad Amirul Aiman Norazman atau lebih dikenali dengan nama Mierul Aiman dilahirkan pada 14 Julai 1998. Dia merupakan seorang pelakon dan model lelaki Malaysia. Kerjayanya dalam industri seni bermula apabila, dia menyertai pertandingan realiti Hero Remaja 2021 dan telah dinobatkan sebagai juara musim itu.

    Mierul Aiman lebih dikenali selepas memegang watak utama dalam drama siri Projek: High Council yang diberi nama Fakhri. Populariti Mierul Aiman terus mencanak naik selepas drama tersebut ditayangkan, bukan sahaja popular di Malaysia malah di indonesia dan singapura.

    “Tak Sangka Mierul Aiman Ada Bakat Lain Selain Berlakon”

    Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial milik @atirazainudin yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan kini mendapat jumlah tontonan sebanyak 25 ribu, tanda suka sebanyak 9 ratus dan hampir 20 komen.

    Di dalam video berkenaan, memaparkan Mierul Aiman yang sedang duduk bersama pelakon lain iaitu Hun Haqeem, Daiyan Trisha dan Elizabeth Tan sambil menyanyikan lagu daripada Mark Adam yang bertajuk ‘Pencuri’.

    @athirazainudin

    bakat terpendam @Mierul hahaha #wtwoworldsmalaysia

    ♬ original sound – Athira Zainudin – Athira Zainudin

    Rata-rata netizen teruja mendengar nyanyian daripada Mierul Aiman itu. Mereka juga mengatakan, tidak menyangka bahawa Mierul Aiman pandai bernyanyi dan suaranya sedap untuk di dengari.

    Mereka juga memuji Mierul Aiman bahawa ternyata dia seorang yang bukan sahaja mempunyai perwatakkan yang menarik namun dia juga pandai berlakon dan menyanyi.

    Apa-apa pun, sama-sama kita doakan yang terbaik buat kerjaya Mierul Aiman pada masa akan datang. Semoga kita semua peroleh keberkatan hidup di dunia dan di akhirat.

    ALSO READ:  Dua Belah Kaki Harus Dipotong Hari Ini, Raja Gelek Datuk M Daud Kilau Kini Meninggal Dunia

    Apa kata anda?

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts