Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment “Banyak Sangat Pusat Tahfiz / Anak Yatim Dah Lupa Asal Usul…”-Caprice

    [VIDEO] “Banyak Sangat Pusat Tahfiz / Anak Yatim Dah Lupa Asal Usul…”-Caprice

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Baru-baru ini tular satu video  di media sosial yang memaparkan beberapa anak yatim bermain permainan Player Knockout bersama wanita-wanita yang berpakaian mencolok mata di TikTok, sehingga mencetuskan kecaman netizen.

    Video berkenaan turut mendapat respon oleh penyanyi rap, Caprice menerusi hantaran di Instagram, yang meluahkan rasa kesal terhadap segelintir pusat-pusat tahfiz yang sudah lupa asal usul sehingga sanggup bertindak sedemikian.

    “87k likes? Apa benda ni gila? Harap-harap sangat pihak Jakim ambil tindakan. Banyak sangat pusat-pusat tahfiz/ anak yatim dah lupa asal usul tahfiz/ pusat anak yatim itu apa.”-tulis Caprice di Instagram

    View this post on Instagram

    A post shared by Ariz Ramli (@capricedaddycap)

    Di ruangan komen, hantaran Caprice dibanjiri dengan pelbagai reaksi netizen. Malah, mereka yang pernah menonton sesi live berkenaan menceritakan bahawa Ustaz Tahfiz itu bersikap angkuh apabila ditegur netizen.

    “Saya ada dalam live tu. Memang ramai tegur dia. Tapi dia cakap macam ni,’kau orang tak payah tegur aku ajar aku, aku ni dah masuk berapa ramai orang dalam Islam dah’, korang yang banyak mulut ni entah-entah solat dhuha pun tak solat’.”

    “Ni baru betul tunggang agama.”

    “Pernah nampak diorang ni live. Hari-hari live. Tak buat pengajian ke? Pelik-pelik laa cara penunggang ni. Ustaz dia duk ngadap phone buat background budak-budak harap collect duit.”

    “Memang ustaz pusat tahfiz ni selalu buat live pastu bercakap guna ayat kasar bercakap. Katanya ini asuhan kepada anak-anak tahfiz kasi jadi anak jantan.”

    Moga pihak berwajib dapat mengambil tindakan sewajarnya. Apa komen anda?



    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts