Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Bapa Arwah Along Spoon Enggan Pergi Berjumpa Pembunuh – ‘Lepas Di...

    [VIDEO] Bapa Arwah Along Spoon Enggan Pergi Berjumpa Pembunuh – ‘Lepas Di Dunia Tetapi Esok Di Akhirat Menjawablah’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Along SpoonAlong Spoon

    Bapa kepada Allahyarham penyanyi Along Spoon, Shafiee Mohd. Yusof mendedahkan dirinya sudah pun memaafkan individu yang membunuh anaknya.

    Memaafkan pembunuh

    Along SpoonAlong Spoon

    Sungguh pun begitu, Shafiee atau lebih mesra disapa Pak Engku berkata dia pada awalnya tidak dapat menerima cara kematian anaknya yang mati dibunuh pada tahun 1999 lalu.

    Saya sudah maafkan dia dari dulu lagi apa yang terjadi. Ini semua adalah ketentuan Allah. Pada awalnya saya rasa tidak boleh terima tetapi itu kesilapan saya.

    Selepas sekian lama saya cakap ‘Ya Allah, kaulah berkuasa dan aku terima segalanya’.

    Pak Engku berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada Majlis Penyerahan Sumbangan Jalinan Kasih Prihatin KPJ Healthcare & mStar Baek yang diadakan di Menara KPJ pada petang Selasa.

    Ketika ditanya adakah dirinya bersedia untuk mengadakan pertemuan dengan si pelaku, Pak Engku memaklumkan dirinya tidak mempunyai keingingan untuk berbuat demikian meskipun sudah lama memaafkan.

    Saya tiada keinginan untuk berjumpa. Hati ini sudah terluka, itu dia punya hal. Tetapi kalau dia datang nak minta maaf, saya terima. Tiada masalah pada saya. Kalau saya sendiri nak jumpa dia, mungkin tidak payahlah.

    Dalam pada itu, bapa kepada Along ini memaklumkan dia menyerahkan segalanya kepada Allah SWT.

    Setakat ini dia tiada datang minta maaf. Perasaan saya apabila pesalah sudah lepas tidak mengapa dia lepas di dunia tetapi esok di akhirat menjawablah.

    Lagi pula, ajal maut ketentuan Allah. Kalau ikutkan saya sihat walafiat dan gagah perkasa, saya tunggu dia depan penjara.

    Sekadar info, Allahyarham Along atau nama sebenarnya Sabi’ul Malik Shafie yang popular menerusi lagu ‘Rindu Serindu Rindunya’ dilaporkan hilang pada 25 Disember 1999.

    ALSO READ:  ‘B, I Janji Kita Akan Bersatu Semula Dalam Masa Terdekat’ – Isteri Along Cham

    Sehinggalah pada 6 Januari 2000, pihak polis menemui rangka manusia yang diikat dalam guni di lereng bukit di Jalan Kuala Klawang yang dipercayai milik Along.

    Untuk rekod, pelaku yang didapati bersalah membunuh Along iaitu Mohamed Ya’cob sebelum ini diperintah menjalani hukuman mati namun ia diringankan kepada penjara sepanjang hayat selepas Lembaga Pengampunan membenarkan petisyen rayuannya.

    Bagaimanapun, Mohamed Ya’acob terlepas daripada hukuman sebatan atas faktor usia kerana berumur lebih 50 tahun.

    Mohamed Ya’acob kemudiannya dibebaskan pada 16 November tahun lalu selepas selesai menjalani hukuman penjara selama 33 tahun.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts